Balungkini

Pages

  • Home
  • Malaysia Kini
  • Twitter
  • Face Book
  • Harakah
  • PKR

30 May 2016

Semuanya ada di Balung, ""PM pun ada di Balung""...








Petang semalam di SMK Balung di Tawau, saya telah melancarkan Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi jajaran Tawau-Sandakan.
Projek ini akan mengambil masa selama 6 tahun, dan bila siap kelak pada tahun 2022, akan mengubah landskap sosioekonomi dan pembangunan negeri Sabah serta memberikan kemudahan jaringan lebuh raya yang lebih baik dan selesa.
Visi Kerajaan Barisan Nasional bagi Negeri di Bawah Bayu adalah untuk kita merapatkan dan menyeimbangkan jurang pembangunan di antara Sabah dan Semenanjung Malaysia.
Insya-Allah, Sabah di bawah Barisan Nasional akan terus bertambah maju lagi dari semasa ke semasa.
" Semuanya ada di BAlung ada di Balung"....
Sumber disini






at 9:18 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

27 May 2016

TUN DR. MAHATHIR TERIMA SURAT TERBUKA






Assalamualaikum Tun,

Saya berdoa semoga Tun dan keluarga berada di dalam kesihatan yang baik di samping amal ibadah diterima Allah SWT.

Semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri, saya telah beberapa kali mengutus surat kepada Tun, dan setiap surat saya itu Tun membalasnya. surat-surat Tun itu masih boleh dibaca di dalam buku saya ini.

Dan pertemuan eksklusif berdua sahaja di antara saya dengan Tun di bangunan Petronas pada 29 Ogos 2012 di sini banyak berkisar mengenai isu-isu semasa di dalam negara kita dan juga UMNO.

Sewaktu saya di usia 20an, saya sudah membaca buku "Menghadapi Cabaran"ini malah saya bertemu dengan ustaz Syed Hassan Al-Attas yang membantu Tun memeriksa buku berkaitan agama Islam itu.

Malah buku ini menjadi inspirasi kepada saya untuk mengubah bangsa saya di Sabah dengan menghasilkan buku yang hampir sama ini

Buku terbaharu saya ini pula adalah tesis sarjana saya di Universti Malaya yang belum diterbitkan.

Apabila Tun M merasakan diketepikan di dalam banyak hal oleh pentadbiran Pak Lah dahulu, saya telah mengutus surat panjang lebar memujuk Tun supaya bersabar kerana dalam hal-hal pentadbiran kerajaan dan politik (politic and government), bukannya suatu perkara yang mudah untuk menyelit di dalam kesukaran nasional dan global. Dalam hal ini, Tun berjaya melakukannya dengan mengenepikan asakan-asakan luar negara.

Saya teringat dua tahun lalu, apabila saya diberitahu oleh seorang pembesar luar negara, bahawa penguasa polis dunia telah menelefon pemimpin jiran tetangga kita untuk menekan Perdana Menteri kita dan menekan kerajaan negara kita. Namun begitu, mereka gagal kerana rakyat kita bersatu. Dan saya berjaya menjalankan misi dengan cemerlang.

Tun M yang dihormati,
Sayugia dimaklumkan, kami di dalam kerajaan, tidak pernah menerima apa-apa arahan untuk memburukkan, menekan atau memalukan Tun. Malah Perdana Menteri tidak pernah memberi arahan untuk menghentam atau memalukan Tun.

Politik dan kerajaan, ataupun UMNO dan kerajaan adalah dua institusi yang berbeza. Masalah yang berlaku di dalam UMNO tidak akan menjejaskan misi kerajaan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Cara Tun berpolitik dengan cara Pak Lah amat berbeza, manakala cara Tun berpolitik dengan DS Najib hampir-hampir sama. Apakah persamaan-persamaan itu. Persamaan-persamaan itu ialah keyakinan, keberanian dan kematangan. Namun skil berubah kerana zaman juga telah berubah terutama ke-beyond zaman siber tanpa sempadan.

Saya menulis surat ini mudah-mudahan Tun akan terbuka hati untuk bertemu dengan DS Najib. Namun, ketahuilah bahawa pertemuan itu sangat-sangat dibenci oleh musuh-musuh Islam, musuh-musuh orang Melayu, kerana mereka tahu pertemuan itu adalah pertemuan yang akan menjahanamkan motif belakang tabir mereka.

Masihkah Tun ingat di hujung tahun 1970an dahulu. Ketika Tun bersama-sama Tun Razak menaiki teksi ke rumah ayah Pak Lah. Masih kah Tun mengingati masakan yang dimasak oleh ayahanda Pak Lah ketika itu. Ketika itu, Tun dan Tun Razak melakukan misi memujuk ayah Pak Lah. Akhirnya dengan cara Islam dan cara Melayu misi itu membawa kejayaan.

Saya percaya Tun tidak menolak untuk mengadakan pertemuan dengan DS Najib. Saya bersedia menjadi orang tengah. Saya menulis surat ini bukan oleh arahan sesiapa. DS Najib tidak memberikan apa-apa arahan kepada saya. Saya ikhlas mahu membawa penyatuan yang dituntut oleh agama Islam dan didambakan oleh orang-orang Melayu.

Jika dahulu saya bertemu Jusuf Kalla (2013) di sini untuk menyelamatkan kerajaan dan negara kita. Hari ini, saya mahu bertemu Tun untuk mempertemukan dengan DS Najib juga untuk menyelamatkan kerajaan dan negara kita. Semoga Tun diberikan hidayah oleh Allah SWT dalam hal ini.


Baca seterusnya di sini

Sumber disini
at 11:51 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Semuanya ada di Balung,, "We Love PM" khas dari orang Balung





Penduduk  Balung sedang teruja dan tidak sabar menunggu kedatangan PM ke Bumi Balung yang di jadualkan akan tiba pada tepat pukul satu petang pada 25/5/2016. 

Selama ini tidak pernah ada acara sebesar ini di anjurkan  di kawasan Balung dan sudah pasti penduduk balung tidak akan melepaskan peluang untuk melihat PM secara dekat dan kalau ada rezeki dan dengan izin allah ramai yang ingin bersalaman serta mengabadikan kenangan untuk bergambar serta beramah mesra bersama PM.

Apa pun pengumuman yang akan di umumkan pada esok hari sudah pastinya akan membawa impak besar kepada semua dan khasnya Tawau.

Selamat datang ke Balung PM,, orang Balung sudah sedia sepenuh nya..

Salam dari Bumi Balung, semuanya ada di Balung ada di Balung..
at 7:54 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

"DEWAN DATUK SRI NAJIB" Untuk SMK Balung ,Ole-ole dari PM Malaysia!!!!




 Di kedai-kedai kopi, di Pasar-pasar dan di setiap pelusuk "Pekan" Balung topik perbincangan hanya tertumpu dan berkisar akan lawatan Perdana Menteri Malaysia ke Sekolah SMK Balung yang akan menjadi satu sejarah untuk sekolah ini yang berstatus Sekolah Luar Bandar.

Seakan-akan tidak percaya dan seakan-akan hanya mimpi , tetapi ianya memang realiti kerana segala persiapan rapi sudah di buat dan hanya menunggu tanggal mainnya saja  bilang orang Sabah.

Sudah ENAM PM Malysia dan sudah hampir 59 tahun Malaysia merdeka ini adalah julung kalinya PM Malaysia datang sendiri dan menjejakkan kaki ke SMK Balung ini satu pekan yang hanya di kelilingi oleh ladang kelapa sawit  menjadi pilihan PM Malaysia untuk pelancaran lebuhraya Pan Borneo Tawau Sandakan.


Sempena lawatan PM kali ini ramai penganalisa politik dan isu-
isu semasa dan penduduk Balung khasnya  sedang rancak mengulas, mengharapkan agar ada tanda mata istimewa  untuk Sekolah ini. Mereka mengharapkan agar PM sudi menghadiahkan dewan serbaguna untuk kegunaan pelajar serta aktiviti PIBG sekolah ini. Besar atau kecil bukan lah masalah tapi kenangan dan sejarah yang akan tercipta sudah pastinya menjadi bualan serta catatan sejarah istimewa untuk sekolah ini dan daerah Tawau.

Jika terlaksana atau termakbul doa orang-orang Balung serta Pelajar-pelajar   , akan tercatatlah dan terpampang lah "DEWAN DATUK SRI NAJIB RAZAK" yang akan menjadi kenangan serta bualan penduduk Balung dan Tawau khasnya dan sudah pasti ianya akan menjadi sejarah yang akan diingati sepanjang masa.

Semoga ianya menjadi kenyataan.

Salam dari Bumi Balung...

Semuanya ada di Balung ada di balung..
at 7:08 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

26 May 2016

Ayoook, kita serbu PM Najib di SMK Balung Tawau !!!










Tinggal 3 hari lagi bakal tercatatlah di dalam lipatan sejarah untuk penduduk Balung dan SMK Balung khasnya di mana PM Malaysia Datuk Sri NAjib Tun Razak bakal dan akan menjejakkan kaki ke SMK Balung.

Sudah lima orang PM memerintah dan mengetuai pentadbiran kerajaan Malaysia dan PM ke lima adalah yang pertama datang ke Balung dan SMK Balung semata-mata ingin berjumpa dan melihat sendiri keindahan bumi Balung serta keramahan penduduk nya.

DI pentas yang bersejarah ini PM Malaysia bakal melancarkan Projek lebuhraya Pan Borneo Tawau Sandakan yang akan mencatat satu lagi mercu tanda Sabah di mata dunia. Lubuhraya ini juga nanti  tidak mengenakan sebarang tol ataupun bayaran kepada setiap pengguna yang melalui nya.

Ayok, kita sama-sama datang memeriahkan majlis serta mendengar amanat yang akan di sampaikan..
at 7:25 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

25 May 2016

3 hari lagi PM Najib akan jejakkan kaki ke Balung Tawau.










Persiapan rapi sedang di jalankan dalam menyambut ketibaan Yang Amat berhormat Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Najib Tun Razak yang bakal tiba pada 28/5/2016. Pada kali ini daerah Balung dan padang SMK Balung Tawau telah  menjadi tapak yang akan mencipta sejarah kerana julung kalinya di kunjungi oleh pemimpin nombor 1 negara.

Mungkin ada sedikit pengumuman penting untuk daerah Balung yang bakal di umumkan oleh PM pada kunjungan kali ini . Dengan keadaan jalanraya yang sangat selesa d, dengan kemudahan air terawat yang ada di Balung sudah pastinya kunjungan kali ini akan  memberikan satu lagi pengumuman penting untuk Balung.

Apa yang mengejutkan, penduduk balung seakan berpesta dan seakan tidak sabar untuk menantikan ketibaan YAB PM Malaysia ke bumi Balung yang sangat bertuah ini.

Kami di Balung mengalu-alukan kedatangan PM dengan hati yang sangat teruja..

"Semuanya ada di Balung ada di Balung"

Bersambung..

at 7:36 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

24 May 2016

Penduduk Balung Tawau teruja menanti kedatangan PM Najib.





Tanggal 28/5/2016  merupakan satu tarikh yang sangat bermakna untuk penduduk-penduduk yang ada di sekitar Tawau khasnya di mana sekali lagi Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Najib Tun Razak dengan  rasminya akan merasmikan pembinaan lebuhraya Pan Borneo seperti yang di janjikan kepada penduduk Sabah.

kedatangan nya kali ini begitu istimewa kerana tidak memilih bandar Tawau untuk di lawati tetapi Kawasan balung ataupun Pekan Balung menjadi pilihan untuk menjadi tapak pelancaran untuk majlis tersebut. Ianya terletak hampir 38 km dari bandar Tawau dan ianya akan diadakan di SMK Balung Tawau.

Seluruh penduduk yang berada di sekitar Balung berasa sangat gembira dan tidak sabar menanti kehadiran YB Perdana menteri Malaysia untuk menjejakkan kaki di Balung Bumi yang di kelilingi dengan Ladang kelapa Sawit.

Sememnjak dua tiga hari kebelakangan ini keadaan serta suasana di sini agak berbeza seakan ada pesta besar bakal diadakan  dan penduduk seakan sedang bersedia untuk melihat sendiri PM Malysia secara dekat. 

Bersambung.............
at 8:18 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

"Nama saya Najib" !!!






" Nama saya Najib. Saya bersekolah di SK Balung Tawau. Saya berumur lapan tahun dan anak bungsu dari empat orang adik beradik.

"Nama saya Najib. Nama saya diambil sempena nama Timbalan Perdana menteri Malaysia pada tahun 2008  iaitu Datuk Sri Najib Bin Razak yang kini menjawat jawatan tertinggi  iaitu Perdana menteri Malaysia.



"Nama saya Najib, pada 28/5/2016 saya di fahamkan yang Perdana Menteri Malaysia bakal berkunjung ke Balung untuk melancarkan satu projek besar untuk orang Tawau dan tapak atau tempat pelancaran betul-betul berdekatan dengan rumah tempat saya tinggal.

"Nama saya Najib, saya sungguh teruja dan tidak sabar menanti untuk melihat secara dekat dan kalau ada peluang saya ingin bersalaman dan mengabadikan kenangan untuk bergambar bersama PM Malaysia yang di saya sayangi sebagai peransang untuk saya agar maju dan cemerlang dalam pelajaran serta penghidupan kelak.

"Nama saya Najib, tapi seperti kebiasaan kawalan sangat ketat dan peluang untuk bersemuka secara dekat apalagi  untuk bersalaman mungkin hanya mimpi kerana saya hanya orang kecil dan saya hanya rakyat marhain yang selalunya hanya di jadikan tukang ramai dan tukan sorak untuk memeriahkan sesuatu majlis.

" Nama saya Najib, apa pun kalau dapat melihat secara "live" ianya merupakan satu bonus untuk saya kerana saya mengerti untuk melihat pemimpin Negara bukanlah sesuatu yang mudah dan agak mustahil tetapi bukanlah mustahil jika trerjumpa dan dapat bersalaman dengan PM Malaysia yang di kasihi.

" Nama saya Najib, Najib Bin Sarifuddin...





at 7:07 am 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

18 May 2016

SURAT BALAS WARKAH ANUAR IBRAHIM,







Assalamualaikum Datuk Seri,

Saya telah membaca warkah DS dengan penuh tekun dan turut merasai kesugulan DS itu. Saya amat memahami kepiluan perasaan DS dalam mengungkap kecelaruan dan kecetekan mereka yang tergoda dengan politiking sesetengah pihak. Mereka sudah semakin alpa, hanyut dan lalai kerana tergoda dengan harapan yang terdesak dan mimpi ngeri. Mereka terasa diri mereka sebagai hero kepada hero sebenar. Mereka kelihatan pasrah DS akan selama-lamanya di dalam jeriji besi yang membungkam itu. 

Amat malang lagi, mereka seolah-olah tidak mahu berbicara hal warkah keramat itu, mereka diamkan, seolah-olah itu warkah dari orang usang, barangkali di minda mereka berkata sebegitu. Saya percaya mereka tidak khatam membaca minda buku ‘angin perubahan’ (1985).

Tidak mengapa DS, pak Anhar (Cipinang) berpuluh-puluh tahun di dalam jeriji besi, akhirya dia menakhoda dewan mulia dengan segala kemuliaan. Kini masih duduk di tengah-tengah nadi denyut warga yang kehausan, kedahagaan dan kelaparan. Kesakitan rakyat ada nadi perjuangan. Sebab itu saya sangat tersentuh dengan kekecewaan dan kemenderitaan DS dengan gelagat mereka.

Benar telaan DS, kelihatannya sangat jelas mereka sudah tidak peduli gagasan yang original, kerana mereka terpedaya dengan gagasan memperdaya bukan gagasan yang memberdaya rakyat dan negara. Kini mereka merelakan nafas perjuangan DS disekongkolkan, barangkali mereka juga berfikiran seorang heroan dan banduan tiada beda.

Warkah DS sangat tepat pada masanya tatkala keterlanjuran mereka seperti sudah termuktamad dan membiarkan nadi perjuangan DS direlakan dicincang-cincang lumat. Natijahnya, rakyat menjadi serabut, marah dan merasa jelek kepada partai dan menghukum keseluruhan kapal pakatan di Sarawak dengan begitu terok dan sadis.

Saya bersetuju dengan DS bahawa pemberat dan pembenar perlu jelas dilihat dan dirasai oleh rakyat supaya nadi perjuangan yang asli kembali bergema lebih terkedepan berbanding agenda Deklarasi Rakyat yang lebih bersifat politik. 

Memang benar kata DS, bahawa “Di sebaliknya kita perlu memperhebat dan memesatkan kempen menjana perubahan, menjadi pembela rakyat yang tertekan akibat kecelaruan dan salah urus ekonomi negara; selaras dengan dasar dan gagasan yang kita gendong selama ini.”

Di sinilah letaknya kelemahan dan kecelaruan pimpinan partai bilamana, “Pelancaran DR adalah seolah-olah seperti telah ditetapkan tanpa boleh dirunding atau fait accompli. Hanya setelah desakan daripada pimpinan NGO pada saat-saat akhir, sebahagian daripada pandangan kita dimasukkan, hanya sekadar mencantikkan deklarasi.

Mereka lupa pengunduran atau tetapnya Perdana Menteri itu adalah sistem yang sudah sedia ada. Maka benarlah DS kini mereka menjadi, "Ia hanya menumpukan kepada pengunduran Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri susulan skandal 1MDB. Ini adalah jelas jauh terpesong daripada raison d’etre atau asas perjuangan kita; untuk kebebasan dan keadilan, kedaulatan undang-undang, melawan salah guna kuasa dan rasuah, dan keadilan untuk semua!

Benar kata DS bahawa kealpaan mereka telah menghasilkan kebobrokan minda di kalangan rakyat di mana, “Pimpinan dilihat seperti terpesona dan berpuas hati dengan jaminan bahawa segala tuntutan akan ditangani setelah pengunduran Najib.”

Memang benar kata DS bahawa “Saya bingung bagaimana ada di kalangan kita dalam Pakatan Harapan yang terus meletakkan harapan agar ‘perubahan’ boleh berlaku melalui tipu muslihat”.

Saya sangat-sangat bersedih dan memahami perasaan DS bilamana DS mengungkapkan “ Seorang peguam kanan memaklumkan kepada saya beliau memerhatikan bagaimana pemimpin-pemimpin ini terpegun dan merendah diri dalam kehadiran bekas autokrat dalam program terbuka seolah-olah masih tersekat dengan budaya feudal. Walaupun dengan kepetahan Azmin, Ambiga dan Mat Sabu yang lantang dan meyakinkan, pengolahan agenda reformasi hanya menjadi isu sampingan”

Saya amat-amat bersedih apabila DS berkata ”Penghinaan ini sedihnya tidak dibela oleh rakan-rakan yang saya letakkan kepercayaan. Saya beranggapan kalian lebih mementingkan untuk mempertahankan usaha sama dan kepentingan dengan Tun M.”

DS juga dengan tegas berkata, “Pandangan kami, deklarasi telah gagal untuk membawa kebajikan rakyat kebanyakan, terutamanya kesengsaraan ekonomi dan reformasi institusi. Kepada mereka yang taksub dengan Deklarasi, pasti tidak mengalukan kritikan sebegini. Saya minta berbeza pendapat dan mengutarakan penjelasan dalam perkara tersebut."

Peringatan-peringatan DS tidak lagi menjadi pemberat dalam perjuangan mereka, barangkali lantaran keenakan berada di atas sofa empuk dan makanan lazat yang terhidang bersama alunan muzik. Dalam surat saya sebelum ini kepada Biro Politik, saya menzahirkan keraguan – yang mana deklarasi dan pendekatan baru ini bertentangan dengan perubahan jitu atau reformasi. Saya menyeru pimpinan untuk tidak memandang rendah komplot mereka. Jangan terlalu yakin dengan menganggap kalian mampu mematahkan percaturan mereka. Jangan peringatan ini dipandang remeh.

Saya sokong kata-kata DS ini ,”Maaf – tetapi saya tidak dapat mengelak daripada merasa terkejut dengan pandangan cetek yang melihat dengan kejatuhan Najib cukup untuk membawa perubahan ke arah demokrasi yang beramanah atau democratic accountability.

Saya turut bersedih melihat mereka sewenang-wenangnya mempergunakan Azizah dan Nurul Izzah, “Tetapi saya mengutuk sikap yang tidak peka mendesak presiden, dan khususnya Nurul Izzah untuk membuat kunjungan hormat terhadap Tun M atau menyertai program beliau. Kamu mungkin nak mengambil hati beliau, tetapi menuntut pengorbanan daripada keluarga saya, terutamanya selepas cemuhan beliau baru-baru ini adalah sangat tidak berhati perut!

Kegusaran-kegusaran dan kemarahan-kemarahan DS ini memang penting untuk dihighlightkan lantaran kealpaan mereka, "Sejak bergulirnya Reformasi 1998, saya merasakan idealisme perjuangan mula terhakis, teruji dengan kilauan kuasa dan dana. Kekuatan saya sekadarnya, jika diakui adalah dengan meniupkan dan menyemarakkan kesedaran ke arah perubahan – islah mas ta ta’ (perubahan sedaya upaya). Maka kita bergelut selama hampir dua dasawarsa menghadapi kekejaman dan keperitan hidup. Kita pecahkan tembok ketakutan; perkauman; kesempitan takrif agama kepada rahmatan lil ‘alamin.

Namun kegusaran saya adalah justeru perkembangan kini meletakkan kita di persimpangan jalan. Soal cita-cita murni, idealisme bukan lagi persoalan asasi tetapi pencak politik untuk berkuasa. Atau di sebaliknya, apakah saya dirundung malang kerana sukar menerima kenyataan? Memadai saya rumuskan keterbatasan dan kelemahan saya yang tidak upaya menggalas persefahaman baru DR.

Percayalah DS bahawa rakyat turut berasa hampa sebagaimana hampanya DS ini, “Kehampaan saya berikutnya justeru kelemahan lantas kegagalan menghimpun saf kepimpinan yang padu. Keupayaan dan peranan sebagai pengikat pimpinan dan kelompok juga kian terhakis. Maka kedengaran keluhan berunsur tuduhan bahawa saya turut memihak dan terkait dengan beberapa krisis sebelumnya. Saya cuba lakukan sebaiknya tetapi kudrat terbatas. Perseteruan sudah melampaui batas etika hingga kelihatan lebih lunak berurusan dengan musuh politik ketimbang teman seperjuangan”

Kata-kata DS ini “Pelbagai ikhtiar, pujuk rayu dari saya tidak lagi mengesankan” sangat-sangat menghiris perasaan sesiapa sahaja. Saya terbayang inikah harga perjuangan yang diberikan oleh mereka dalam partai yang kini sedang menikmati kilauan kuasa dan kilauan dana.

Akhir kalam, saya ingin berkongsi bicara saya dengan Pak Anhar di Jakarta, katanya, seingat saya, perjuangan itu mesti ada rohnya yang kental dan kukuh, tidak goyah walau bagaimana ombak dan petir, prinsipnya dan jatidirinya mesti jelas, walau tinggal satu. Adakah mereka sebegitu jua?

Francis Fukuyama (Washington) dalam bukunya, yang saya fahami menyebut begini, "kemenangan dan kekalahan itu bukan tujuan utama rakyat Amerika merelakan diri mereka pergi berperang di medan perang, melainkan membawa maruah dan jatidiri sebuah ketamadunan sama ada hidup atau mati kalah atau menang". 

Selamat beristirehat DS. Bersabarlah dengan kerenah mereka. 

Sumber :http://www.al-azharrisiddiq.com/2016/05/surat-balas-warkah-anwar-ibrahim.html
at 7:28 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

16 May 2016

MIMPI NGERI TEAM B, TENGKU RAZALEIGH MENTERI PENUH ?




Tengku Razaleigh Hamzah Menandatangani Deklarasi
 Kelantan Menyokong DS Najib
Tengku Razaleigh Hamzah pada pertandingan Presiden UMNO tahun 1988 hampir memenangi jawatan Presiden UMNO apabila hanya tewas 43 undi kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dalam pada itu, beberapa ahli UMNO membawa kes keahlian anggota UMNO ke Mahkamah yang membawa kepada pengharaman UMNO pada tahun 1988.

Kedua-dua pihak berlumba-lumba menghidupkan parti UMNO yang baharu. ROS telah meluluskan penubuhan parti UMNO (Baru) dari kumpulan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Manakala Tengku Razaleigh Hamzah berjaya menubuhkan parti Semangat 46.

Parti Semangat 46 inilah yang membantu PAS menubuhkan kerajaan d Kelantan pada tahun 1990. Itulah jasa besar Tengku Razaleigh Hamzah dan Semangat 46 kepada PAS.

Kemudian, Tengku Razaleigh Hamzah membubarkan Semangat 46 untuk kembali kepada UMNO semula. Sejak itu, Tengku Razaleigh Hamzah tidak pernah mendapat kedudukan di dalam kerajaan sebagai menteri penuh ataupun menjadi Pengerusi mana-mana GLC seperti Petronas, PNB dan sebagainya. Barangkali taraf politik Tengku Razaleigh bukan di situ, tetapi di tempat yang selayaknya.

Saya tidak yakin Tengku Razaliegh akan bersama-sama kem Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan DS Najib kerana luka lama tidak mungkin boleh dipadamkan begitu sahaja. Sebab itulah, Tengku Razaliegh Hamzah menandatangani Deklarasi Kelantanmenyokong tanpa berbelah bahagi kepada DS Najib. Adakah Tengku Razaliegh akan menjadi menteri penuh dalam rombakan terbaharu tidak berapa lama lagi? 

Satu-satunya harapan Tun Dr. Mahathir untuk menjatuhkan DS Najib ialah bantuan dan aura DS Anwar Ibrahim. Malangnya, sejak kempen Tun Dr. Mahathir menjatuhkan DS Najib, saya melihat DS Anwar dan keluarganya masih tidak dapat melupakan dan memaafkan kejadian 1998. Mereka masih sangat-sangat terluka kepada Tun Dr. Mahathir. Sebab itulah mereka sangat berhati-hati dan tidak sepenuh hati membantu Tun Dr. Mahathir.

Sebaliknya, DS Anwar dan DS Najib pula adalah rakan akrab semasa di dalam UMNO. Mereka tidak pernah bermusuh sehingga ke hari ini. Satu-satunya peluang percantuman semula DS Anwar-DS Najib ialah semasa Rekonsiliasi 2013 dahulu. Kedua-duanya sudah ada mekanisme, malangnya tekanan daripada rakan Pakatan Rakyat menggagalkan percantuman bersejarah itu.

Kesimpulannya, menjatuhkan DS Najib melalui cara demonstrasi dan pungut tandatangan amat sukar. Anda perlu menunggu PRU14 pada tahun 2018. Itulah mekanismenya di negara ini. Pungutan online amat diragui. Hanya pilihanraya sahaja jawapan paling tepat bukan tandatangan online.

Pilihanraya Kecil Sg Besar dan Kuala Kangsar akan menjadi garis jawapan kepada persoalan di atas. Jika mereka masih gagal menjatuhkan DS Najib dalam PRK itu, saya percaya mereka akan berusaha lagi dengan apa jua cara. Mereka tahu, menumbangkan DS Najib dalam PRU14 adalah mimpi ngeri. Mereka tahu bukan mudah menumbangkan DS Najib dan kerajaan. Mereka pernah menjadi kerajaan dan mereka tahu rakyat masih bersama kerajaan.

MIMPI NGERI
Mimpi ngeri itu pernah berlaku pada tahun 1988. Apabila Datuk Shahrir Samad meletak jawatan dan bertanding menggunakan tiket BEBAS lawan UMNO. Seluruh negara terperanjat kerana Datuk Shahrir menang dengan majoriti 12,613 undi mengalahkan calon UMNO. 

Walaubagaimanapun, Tun Dr. Mahathir Mohamad kekal menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri walaupun UMNO tewas kepada BEBAS dengan majoriti 12,613 undi. Tidak ada sesiapa mendesak Tun Dr. Mahathir meletak jawatan di atas kekalahan yang sangat besar dan memalukan itu.

Lucunya, hari ini ada orang berkata, kalau UMNO kalah di Sg Besar dan Kuala Kangsar, DS Najib perlu meletak jawatan. Sebaliknya, jika UMNO menang di Sg Besar dan Kuala Kangsar, adakah orang itu akan pasrah dan mengakui qada dan qadar Ilahi ?
at 8:59 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

12 May 2016

Pelawaan Pas Sertai Pakatan Harapan Seakan Kem Azizah Lawan Kem Azmin Dalam PKR





KUALA LUMPUR, 12 Mei – Pertelingkahan antara Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Azmin Ali di dalam isu mempelawa Pas kembali bersama pembangkang seakan mengesahkan sememangnya wujud kem A dan Kem B di dalam parti itu.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Shahrum Datuk Mohd Sharif, tindakan Azmin menekan ‘panic button’ selepas melihat keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini ternyata tidak disenangi oleh Wan Azizah.
“Saya melihat Azmin mula berasa tergugat dan takut kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor bakal tercabar dan tanpa berfikir panjang beliau menekan butang panik dan mencadangkan Pas kembali bersama Pakatan Harapan.
“Tetapi sayangnya, tindakan Azmin itu ternyata tidak disenangi oleh Wan Azizah yang ramai mengetahui tidak sebulu dengan Azmin. Kerana itulah pelawaan Azmin dinafikan oleh Wan Azizah.
“Maka secara tidak langsung terbuktilah mereka ini bukan sahaja bermusuh tetapi memang tidak pernah mempunyai mimpi yang sama walaupun telah lama tidur sebantal,” katanya kepada UMNO-Online.
Tambah Shahrum, beliau tidak merasakan Pas akan kembali bersama Pakatan Harapan kerana mereka telah berpatah arang dengan Dap dan kini timbul persoalan adakah Azmin akan keluar dari PKR dan menyertai Pas demi menyelamatkan karier politiknya.
“Di Selangor kita tahu tidak wujud Pakatan Harapan kerana Pas tidak ada dalam pakatan tersebut tetapi Pas adalah sebahagian daripada kerajaan negeri dan exco… inilah pakatan cacamarba.
“Jadi demi menyelamatkan diri sendiri adakah Azmin berani untuk meninggalkan PKR dan menyertai Pas apatahlagi dirinya memang tidak disenangi oleh Presiden PKR sendiri,” ujarnya lagi.
Oleh yang demikian tegas beliau rakyat khususnya di negeri Selangor harus menilai adakah pakatan pembangkang ini masih layak untuk terus memberi mandat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Baru-baru ini ini Wan Azizah mengeluarkan kenyataan bahawa pelawaan untuk Pas menyertai Pakatan Harapan datang daripada Azmin dan ia tidak mewakili gabungan parti pembangkang itu. –MediaUMNO
at 9:25 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

BN Bersiap Siaga Hadapi PRK Parlimen Sungai Besar





SABAK BERNAM, 12 Mei – Barisan Nasional (BN) telah bersiap siaga untuk menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang dijangka diadakan dalam waktu terdekat, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata PRK itu dilihat amat penting untuk lebih menguatkan jentera parti secara keseluruhannya dan meninjau maklum balas anggota akar umbi selain mendengar sebarang permasalahan yang dihadapi rakyat setempat.
“Usaha itu adalah bagi melicinkan lagi aturan gerak kerja yang akan dilakukan sepanjang PRK berkenaan. Kita mahu semangat dan konsep bersatu hati yang ditunjukkan jawatankuasa (UMNO) bahagian dan negeri sebelum ini dapat diteruskan bagi mengukuhkan legasi Allahyarham Datuk Noriah Kasnon di sini.
“Ini kerana, beliau sudah tiga penggal berkhidmat untuk rakyat Sungai Besar dan adalah amat penting untuk kita cari pengganti yang dapat meneruskan usaha itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis bacaan Yassin dan tahlil untuk Allahyarham serta mangsa nahas helikopter di bangunan UMNO Sungai Besar, di sini hari ini. Turut hadir Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Noriah, anggota Parlimen Sungai Besar dan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad antara enam yang maut dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, pada 5 Mei lepas.
Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk mengadakan mesyuarat khas esok bagi membincangkan mengenai kedua-dua PRK berkenaan.
Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos berkata tiada senarai calon baharu dihantar kepada Badan Perhubungan UMNO Selangor melainkan tujuh nama yang pernah diberi pada April 2014.
Ini kerana, katanya, ketujuh-tujuh individu tersebut masih relevan untuk dipilih bagi bertanding kerusi Parlimen berkenaan memandangkan mereka merupakan anggota UMNO Selangor yang kuat bekerja demi rakyat.
“Tapi jika tujuh nama ini masih bukan pilihan presiden parti (Datuk Seri Najib Tun Razak), kita akan akur.
“Dengan gerak kerja di kawasan ini kita dah mula lebih setahun lepas, saya amat yakin untuk meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 2,500 undi majoriti untuk BN menang kerusi Parlimen Sungai Besar,” katanya.
Bagaimanapun, Jamal berkata beliau tidak tersenarai dalam tujuh nama berkenaan dan akan mencalonkan diri sekiranya Anggota Dewan Undangan Negeri Sekinchan daripada DAP, Ng Suee Lim mahu bertanding di kerusi Parlimen itu.
at 9:16 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

11 May 2016

Pelawa Pas Hanya Helah Politik Selamatkan Kedudukan PKR Di Selangor






KUALA LUMPUR,  – Tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memujuk Pas untuk kembali bersama Pakatan Harapan dilihat lebih menjurus untuk menyelamatkan kepentingan diri sendiri terutama kerusi Menteri Besar yang kini boleh diumpamakan sebagai ehsan Pas kepada PKR, demikian pandangan Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.
Malah katanya lagi keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini menambahkan lagi kegelisahan kepada PKR khususnya Azmin Ali apatah lagi hubungan parti itu juga ketika ini dengan Dap semakin tegang.
“PKR sebenarnya tiada kekuatan melainkan bergantung kepada ehsan Pas dan Dap.  Dalam keadaan PKR yang makin dingin dengan Dap sudah pasti PKR mengharapkan Pas untuk berpaut.
“Kenyataan memujuk Pas untuk menguatkan Pakatan Harapan hanyalah helah politik semata-mata kerana yang utama adalah menyelamatkan PKR di Selangor terutama kerusi Menteri Besar”, katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau seterusnya mempertikaikan bagaimana PKR boleh mempelawa Pas sedangkan Dap sedikit pun tidak bersuara untuk menyatakan keinginan tersebut.
“Bukankah Dap adalah parti terpenting dalam membentuk pakatan baru yang dinamakan Pakatan Harapan? Kita yakin tindakan memujuk Pas itu tidak akan berjaya selagi tidak mendapat restu Dap.
“Pada masa yang sama kita juga percaya Pas tidak sebodoh sangkaan PKR yang mahu terus dipergunakan.  Pas juga tidak akan memalukan diri sendiri untuk menyertai pakatan pembangkang tersebut setelah melalui pengalaman dibuli dan dipermainkan rakan pakatan mereka”, ujarnya.
Azmin, yang juga menteri besar Selangor baru-baru ini berkata Majlis Tertinggi PKR secara kolektif meluluskan satu resolusi untuk membuka keanggotaan Pakatan Harapan kepada parti lain bagi mengukuhkan pembangkang.
Justeru beliau mengajak semula Pas untuk menyertai pakatan tersebut tetapi Pas bertegas tidak mahu bersatu kembali melainkan PKR yang keluar daripada Pakatan Harapan dan bergabung bersama Pas dan Ikatan.– MediaUMNO
at 6:53 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Persediaan PRU14 Diguna Hadapi PRK Kuala Kangsar





KUALA KANGSAR, 10 Mei – Persediaan rapi Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar sejak dua tahun lalu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan diguna untuk berdepan pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar tidak lama lagi.
Naib Ketuanya Rahayu Abd Rajak berkata berikutan itu pihaknya yakin tidak akan mempunyai sebarang masalah dalam menghadapi tentangan daripada pihak lawan semasa PRK itu.
Beliau diminta mengulas pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan mengadakan mesyuarat khas pada 13 Mei ini bagi membincangkan PRK Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar.
Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya telah menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kedua-dua kerusi itu daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam.
PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar perlu diadakan berikutan kematian penyandang masing-masing iaitu Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Komoditi serta Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
Kedua-dua Anggota Parlimen itu antara enam yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak, 5 Mei lepas.
at 6:42 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Archive

  • ►  2024 (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2023 (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  May (2)
  • ►  2022 (2)
    • ►  August (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (5)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  June (1)
  • ►  2020 (1)
    • ►  September (1)
  • ►  2019 (5)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (7)
    • ►  December (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (70)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (4)
    • ►  June (5)
    • ►  May (2)
    • ►  April (6)
    • ►  March (17)
    • ►  February (15)
    • ►  January (8)
  • ▼  2016 (127)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (14)
    • ►  August (8)
    • ►  July (4)
    • ►  June (14)
    • ▼  May (24)
      • Semuanya ada di Balung, ""PM pun ada di Balung""...
      • TUN DR. MAHATHIR TERIMA SURAT TERBUKA
      • Semuanya ada di Balung,, "We Love PM" khas dari or...
      • "DEWAN DATUK SRI NAJIB" Untuk SMK Balung ,Ole-ole ...
      • Ayoook, kita serbu PM Najib di SMK Balung Tawau !!!
      • 3 hari lagi PM Najib akan jejakkan kaki ke Balung ...
      • Penduduk Balung Tawau teruja menanti kedatangan PM...
      • "Nama saya Najib" !!!
      • SURAT BALAS WARKAH ANUAR IBRAHIM,
      • MIMPI NGERI TEAM B, TENGKU RAZALEIGH MENTERI PENUH ?
      • Pelawaan Pas Sertai Pakatan Harapan Seakan Kem Azi...
      • BN Bersiap Siaga Hadapi PRK Parlimen Sungai Besar
      • Pelawa Pas Hanya Helah Politik Selamatkan Keduduka...
      • Persediaan PRU14 Diguna Hadapi PRK Kuala Kangsar
      • DAP "hangkang" dek kerakusan PKR dan PAN !
      • 72 Cukup Bermakna Buat Adenan
      • UMNO 70 – Sikap Dan Pemikiran Rakyat, Cabaran Part...
      • Dua kapal peronda TLDM sertai operasi menyelamat
      • Ketua Kampung dan JKKK Mukim Balung T/tangani Pet...
      • Lebih 2,000 penduduk menyambut ketibaan PM
      • Perintah Gaji Minimum 2016 Mula Berkuatkuasa 1 Julai
      • BN Berpeluang Tawan Dua Tiga Kerusi Pembangkang Di...
      • Kerajaan Tidak Akan Naikkan Kadar GST – PM Najib
      • BN Tidak Terima Calon Bebas – Najib
    • ►  April (12)
    • ►  March (7)
    • ►  February (14)
    • ►  January (19)
  • ►  2015 (153)
    • ►  December (33)
    • ►  November (18)
    • ►  October (33)
    • ►  September (30)
    • ►  August (16)
    • ►  July (22)
    • ►  June (1)

Sarifuddinpaoseri.com

Sarifuddinpaoseri.com

Popular Posts

  • Mangsa kebakaran Tawau Sabah tabah berpuasa dalam khemah
  • "Tolong Kami Kasian" rayu penjaja Taman Sawit kepada Ahli Majlis dan Presiden MPT
  • PERISTIWA DI BELAKANG TABIR KETIKA TS ANUAR MUSA MEMBANTU DS NAJIB

Search This Blog

Simple theme. Powered by Blogger.