Kalau dalam peperangan sebenar seperti yang selalu kita saksikan di kaca-kaca TV, kita akan dapat menilai yang mana musuh dan yang mana musuh dalam selimut akhirnya. Tetapi peperangan yang di hadapi DSNJ agak sedikit rumit keranana musuh yang sebenar belum dapat di kenal pasti.
Umum mengetahui DAP musuh politik utama DSNR, PKR sudah tentunya ingin melihat akan kejatuhan kepemimpinan DSNR dan kerajaan yang ada sekarang. Tetapi serangan-serangan terhadap DSNR sekarang bukan nya datang dari musuh politik beliau. Ini dapat di lihat dari semua sumber yang ada. Di pihak PAS pulah ingin memberikan peluang kepada DSNR meneruskan dan membetulkan segala kesilapan yang ada, rujuk disini.
"Datuk Seri Najib Razak tidak perlu tunduk kepada tekanan daripada mana-mana pihak untuk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sebaliknya, beliau berkata, Najib seharusnya dibenarkan untuk mengukuhkan kedudukannya dan diberi masa dan ruang untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sedang dihadapi.
"Setiap Perdana Menteri mempunyai masalah sendiri tetapi perubahan kepimpinan bukanlah jawapannya. Biarkan dia menyelesaikan masalah itu terlebih dahulu," katanya sebelum menghadiri mesyuarat Terengganu Dewan Undangan Negeri hari ini." baca selanjutnya di sini.
Pemimpin tertinggi PAS mau DSNR di berikan peluang untuk memperbetulkan dan mengukuhkan kedudukannya dalam mentadbir negara.
JAdi siapakah musuh sebenar Najib Razak. Ianya sudah pasti bukannya datang dari Parti Politik Lawan. Ianya sudah pasti musuh yang ada dalam UMNO itu sendiri.??!
Teringat aku kata-kata seorang kawan . Saya bertanya padanya kenapa ramai dari mereka menghantar ibu dan bapa mereka kerumah orang tua? Dia menjawab "kebanyakan orang yang sudah berumur 80 tahu keatas daya pemikiran mereka sudah berkurangan dan cara pemikiran sudah berbeza dengan generasi yang ada kini, kedua, mereka sudah tiada kuasa dan suara mereka sudah tidak di dengari oleh ahli keluarga dan anak cucu. Ini menyebabkan mereka kuat melenting dan marah dan akan cuba "membatu api sesama ahli dalam keluarga agar membenci satu dengan yang lain?.
Samada benar atau tidak itu terletak pada pemikiran masing-masing dan yang pasti dalam lingkungan umur 80 tahun keatas daya pemikiran sudah berkurangan baca dengan lebih lanjut disini.
Kepada DSNR teruskanlah usahamu dalam memajukan ekonomi rakyat dan negara. Kami sebagai pengundi dan rakyat Malaysia sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbela-bagi untuk mu. Berkenaan dengan gangguan yang ada kini anggap saja ianya unpama mengurus ibu dan bapa yang sudah tua, kena sabar dan setiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan, kerana pada saya yang tua hanya perlukan perhatian dan kalau di biarkan ianya akan memudaratkan kesihatan pada golongan yang telah berumur.
Yang muda di sayangi dan yang tua di hormati.........
Salam dari Bumi Balung....