7 Jul 2015

Aktiviti amal mama & papa Hot Ex-SMK Tawau 80-89'an sempena Ramadan

Sempena dengan bulan puasa yang penuh dengan keberkatan ini pelajar-pelajar Ex SMK Tawau 80-89 tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama mencurahkan tenaga dan bakti untuk beramal  dan membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Walaupun dalam keadaan yang sibuk dengan kerjaya dan keluarga masing-masing mereka saggup meluangkan sedikit masa untuk menyediakan sedikit juadah berbuka puasa untuk beberapa masjid  dan rumah anak yatim yang terpilih.  

Juadah tidaklah semahal dan semewah  seperti yang selalu di sediakan  tapi atas niat yang ikhlas atas semangat kesatuan yang tinggi dan atas semangat kerjasama yang kental akhir nya ianya dapat di laksanakan dengan jayanya dan ianya sampai ke sasaran.

Adalah di harapkan aktiviti sebegini akan menjadi acara wajib pada setiap bulan ramadan dan di harap juga dengan adanya aktiviti sebegini akan lebih mengeratkan tali persahabatan dan kekeluargaan sesama ahli kumpulan dan sesama insan di dunia ini.

Tahniah buat papa dan mama hot Ex SMK Tawau..













Salam dari Bumi Balung....