20 Jul 2015

RIBUAN PENGUNJUNG HADIR KE "OPEN HOUSE" MENTERI BELIA DAN SUKAN SABAH

Tawau 19 Julai 2015- Majlis Rumah Terbuka Menteri Belia Dan Sukan Sabah telah di adakan dengan gemilangnya. Bertempat di Dewan Yayasan Datuk Lau ianya telah di adakan dengan mendapat sambutan dan kunjungan dari ribuan warga Tawau yang tidak melepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan majlis pada malam tersebut.
 Majlis ini juga di serikan lagi dengan kunjungan dari beberapa pemimpin tertinggi daerah Tawau termasuklah Ketua UMNO Bahagian P191 Kalabakan iaitu Datuk Gafur Salleh dan barisan AJK tertinggi UMNO Kalabakan, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap dan beberapa pemimpin kompenan Parti Barisan Nasional dan NGO yang berada di sekitar daerah Tawau.  Yang paling mengembirakan dan memeriahkan majlis pada malam tersebut ialah sambutan serta kunjungan dari pelbagai lapisan masyarakat pada malam itu. 

 Ianya bukan saja di kunjungi oleh umat islam yang berada di sekitar Tawau tapi majlis pada malam itu juga mendapat sambutan dari pelbagai lapisan masyarakat seperti Cina india dan sebagai nya.  Ini menunjukkan dengan jelas bahawa  perbezaan agama serta fahaman bukanlah penghalang dari merayakan majlis yang sentiasa di tunggu-tunggu oleh setiap rakyat Malaysia. Ia nya juga menunjukkan toleransi yang tinggi, semangat perpaduan yang utuh, semangat hormat menghormati yang tinggi dan semangat 1 Malaysia  yang tersemat di setiap penduduk Tawau dan Sabah am nya masih terpahat kukuh di setiap yang hadir pada malam tersebut.


 Perbagai juadah dan hidangan turut di sediakan untuk pengunjung yang hadir. Di antaranya ialah makanan yang memang senonim dengan warga Tawau seperti Nasi Beriani, Laksa, Mee Kari dan banyak lagi.  Antara gerai yang paling popular pada malam itu ialah diantaranya gerai Nasi Beriani dan Gerai Sate. Pengunjung sentiasa penuh untuk tidak melepaskan peluang dan merasa keenakan Sate dan Nasi beriani yang di sediakan.
 Apapun matlamat pada malam Rumah  Terbuka Menteri Belia dan Sukan pada malam itu  tercapai. Ianya dapat menarik ribuan Warga Tawau untuk tidak melepaskan peluang bersemuka dan bersalaman dengan pemimpin yang di sukai ramai. Pengunjung juga dapat mengabadikan kenangan dengan bergambar tanpa sebarang protokol ataupun kesulitan. Ini menunjukkan keterbukaan dan  keikhlasan dari penganjur dalam melayan ribuan pengunjung yang hadir.








Adalah di harapkan majlis seperti ini akan sentiasa di adakan  tak kira hari raya, tahun baru cina dan acara -acara lain yang di rayakan oleh rakyat yang ada di Sabah. Dari pemerhatian saya pada malam tersebut rakyat dapat duduk semeja walaupun dari lain kaum dan dapat berinteraksi tanpa sebarang halangan. Ini menunjukkan perpaduan kaum dan semangat 1 Malaysia masih tinggi dan masih tersemat  kukuh di setiap  dada penduduk Sabah. Semoga dengan semangat kerjasama yang tinggi dan toleransi yang tinggi akan menjadikan Sabah lebih maju dan rakyat sentiasa gembira dalam apa jua bidang yang di ceburi.

Salam hari raya dari ku di Bumi Balung.....