23 Jul 2015

Musa Aman meriahkan sambutan Raya di Tawau.

Tawau 23 Julai 2015- Tawau mencatat sejarahnya yang tersendiri di mana Dewan Masyarakat Tawau telah terpilih untuk mejadi lokasi bagi menyambut Hari Raya Zon 6 yang terdiri dari pada Bahagian Tawau, Kalabakan, Semporna dan Bahagian Silam. Lokasi yang bersesuaian dan terletak betul-betul di Pusat Bandar Tawau memudahkan orang-orang awam untuk datang menjamu selera,bersua muka dan bersalam-salaman dengan pemimpin tertinggi Negeri Sabah.

Perbagai juadah di sediakan untuk menjamu para tetamu yang hadir. Yang paling istimewa ialah nyanyian lagu hari raya dari Ketua Menteri Sabah,menteri-menteri Kabinet,ADUN dan Ketua -ketua bahagian mengamatkan lagi susana majlis tersebut.


Tak kira tua muda, Melayu, India dan Cina datang sama-sama memeriahkan dan meramaikan majlis. Ini menandakan perpaduan kaum masih utuh di amalkan di Sabah. Perbezaan pendapat dalam politik bukanlah halangan dalam merayakan dan menyatukan kaum yang ada di Negeri Sabah. Pelbagai lapisan masyarakat juga tidak melepaskan peluang bersalam-salaman dan mengabadikan kenangan dengan bergambar dengan pemimpin tertinggi negeri Sabah.

Adalah di harapkan acara sebegini akan sentiasa di adakan tak kira apa pun perayaan utama di Sabah untuk sentiasa merapatkan silaturrahin sesama penduduk di daerah ini.

Salam Lebaran dari Bumi Balung.......