14 Aug 2015

PAS HANYA UNTUK GOLONGAN "" ULAMA""?

Secara jujurnya saya mula memerhati dan membuka sedikit perhatian dan pemikiran untuk mengetahuinya dengan lebih  lanjut dan mendalam mengenai parti PAS. Sejak kemenangan yang di kira paling berjaya dalam sejarah PAS pada PRU 13 ianya menguatkan azam saya untuk mendekati yang mendalami apakah faktor yang menyebabkan keadaan ini.

Umum mengetahui PAS adalah sebuah Parti yang berlandaskan kan peraturan-peraturan yang di tetapkan dalam islam. Ianya mengutamakan Islam dalam setiap apa juga keputusan yang di buat untuk kepentingan ahli, Parti dan juga ugama islam itu sendiri. Dalam apa juga . Jika dari kaca mata rakyat marheian PAS kelihatan nya agak kuat dan agak bersatupadu dalam segala keputusan yang di buat untuk Parti.

Seperti yang kita ketahui terdapat dua kumpulan dalan PAS wujud ketika ini. Kumpulan profesional dan Kumpulan Ulama. Golongan profesional di dakwa cuba menjatuhkan  kepimpinan ulama kepada golongan progresif dan moden serta mesra dengan PAkatan Rakyat. (PR). 

Manakala golongan ulama pula di lihat berterusan memperjuangkan idea asal PAS walaupun di lihat sering bertentangan dengan persepakatan bersama di dalam pakatan pembangkang Malaysia. Keengganan  golongan ulama yang di pimpin Hadi patuh kepada beberapa dasar Pakatan akhirnya memberikan kesan buruk kepada PAS dari segi hubungan kerjasama.

Kini di khabarkan pula wujud  GHB- Gabungan Harapan Baru yang di anggotai oleh hampir semua pemimpin profesional yang ada di dalam PAS.  Ianya di ketuai oleh Saudara Mat Sabu yang di khabarkan akan memberikan cara kepemimpinan yang lebih moden dan sangat mesra dengan DAP yang sentiasa membantah dan menghalang dalam perlaksanaan hukum hudud yang ingin di laksanakan oleh PAS.

Jika di perhatikan dari pemilihan muktamar PAS baru-baru ini hampir kesemua pemimpin yang kalah dalam pemilihan itu terdiri dari  kumpulan profesional. Hampir semua calon yang menang adalah dari kumpulan ulamak yang ada dalam PAS. Ini menunjukkan perwakilan PAS masih memilih pemimpin  yang mengutamakan islam, mereka masih memilih pemimpin yang bercirikan dan berkelayakkan dalam islam dan mereka menolak hampir semua calon yang berada di pihak kumpulan profesional.

Apa pun pada pemerhatian kasar saya dalam apa juga keadaan samada di dalam Perti yang berteraskan agama islam seperti yang di war-warkan tetap wujud perasaan  ingin menjatuhkan pemimpin yang lain, wujud perasaan riak, 

Pemimpin utama PAS tidak selesa

Racangan bertemu pimpinan Umno ini mungkin atas sebab rasa tidak selesa pemimpin utama PAS dengan pilihan membentuk kerajaan bersama PKR dan DAP di Selangor dan Perak. Pada ketika itu, di kedua-dua negeri tersebut, PAS mempunyai kerusi paling sedikit berbanding PKR dan DAP.

Pada masa yang sama, barisan pembangkang kesemuanya Melayu Islam dari Umno. Maka adalah dipercayai pimpinan utama PAS merasakan amat keliru untuk PAS berada di pihak majoriti bukan Melayu Islam berhadapan dengan pembangkang Melayu Islam.

Walaupun usaha rundingan ini telah akhirnya berjaya dipintas, namun sikap tidak selesa memerintah bersama PKR dan DAP dalam keadaan PAS tidak dominan terus menghantui pimpinan utama di dalam PAS.

Hasil dari itu, timbul pemikiran yang mempertikaikan kebijaksanaan pendekatan Pakatan Rakyat kerana ia memungkinkan PAS memerintah bersama tetapi dalam keadaan minoriti.

Namun rasa tidak selesa ini tidak dikemukakan untuk dibincang tetapi sebaliknya dipendam. Pada masa sama, para pemimpin ini mengulangi slogan “kukuhkan Pakatan” dalam setiap ucapan, walaupun hati mereka berkata sebaliknya.
(Sumber Malaysiakini 13/8/2015)

Tiada apa juga yang teristimewa dalam PAS dan tiada apa juga yang menarik dalam GHB seperti yang di canangkan. Kepada rakan-rakan pembaca adalah diharapkan tidak terpengaruh dan terkeliruh dengan kemelut yang terjadi kini.  Saya mengambil pendirian akan sentiasa setia dengan perjuangan yang ada kini .

Selamat membaca......