"Kalau MPT rampas apa boleh buat ,saya diam sajalah, besok saya berniaga lagi, kalau saya tak berniaga disini siapa nak beri makan anak saya, siapa nak bayar yuran persekolahan anak saya, siapa nak tolong bayar pembayaran yuran flet PPR saya"
Sambil membebel dan mebelek-belek ikan jualannya, itulah ungkapan yang terkeluar dari mulut peniaga yang di anggap haram oleh PBT Tawau. Mana tidak nya hampir 400 kg ikan jualannya telah di rampas dan hilang begitu saja. Dia kerugian hampir 2000 ringgit pada hari yang sangat malang buat peniaga kecil ini. Di sebalik mata besar seakan terlihat akan titis-titis air mengalir bukan tanda sedih tapi seakan-akan geram yang sangat mendalam.
Kalau berniaga dia akan sentiasa dalam keadaan yang ketakutan ,takut-takut dengan serbuan yang akan Majlis Perbandaran Tawau akan lakukan . Kalau tak berniaga pula dimana dia nak mencari rezeki untuk menyarah keluarganya?
Sememangnya tempat dia mencari sesuap nasi yang halal adalah tidak mendapat kebenaran dari pihak yang berwajib dan ianya juga sering mengganggu lalulintas di kawsan berkenaan. Kepada pihak yang berwajib, adakah tiada ruang simpati di hati pemimpin untuk rakyat mencari makan secara yang halal, adakah kamu setuju dan sudi jika rakyat sentiasa datang dan meminta bantuan kewangan?
Kewujudan gerai-gerai di kawasan Balung ini sebenarnya memberikan kemudahan kepada penduduk-penduduk Balung untuk mendapatkan sumber ikan segar secara mudah. Ianya juga membantu meringankan beban kewangan kepada kami di BAlung. Bayangkan kalau peniaga ini tiada, penduduk Balung terpaksa ke bandar untuk mendapatkan ikan pada setiap hari.
Adalah diharapkan Majlis Perbandaran Tawau membuka mata dan sediki simpati akan perkara sebegini. Bukannya sekadar merampas tanpa memikirkan jalan penyelesaian jangka panjang untuk penduduk Balung?
Tapi kalau memang PBT suka melihat air mata peniaga sentiasa mengalir dalam keadaan terpaksa, teruskan lah kerja kamu kerana sememangnya kamu di bayar gaji untuk membenteras peniaga yang mencari makan walaupun dalam keaadaan yang di anggap haram di mata kamu.