18 Aug 2015

UMNO Bahagian Tawau mengusulkan sokongan 100 % kepimpinan DS Najib Razak

      Sudah dua hari perjalanan masyuarat bahagian UMNO Tawau berlalu, masih ada lagi yang memperkatakan tentang perjalanan masyuarat pada hari itu. Tidak kurang juga yang masih rasa terkejut kerana terpilih untuk menjadi pemerhati untuk PAU di Kuala Lumpur. .

      Pada hari tersebut , berlansung satu lagi masyuarat Bahagian  iaitu Bahagain P189 Semporna, yang menariknya ianya di rasmikan  oleh mantan Timbalan perdana Menteri Malaysia sendiri. 

      Seperti biasa dalam majlis sebegini ianya dihadiri oleh ratusan perwakilan yang terpilih dari setiap cawangan dan berdaftar di Bahagian tersebut. Kebanyakkan yang hadir saya lihat hanya untuk memenuhi permintaan ataupun kewajipan sebagai ahli yang berdaftar. Ada yang datang hanyalah untuk mendapat kan buah tangan yang selalunya di sediakan semasa menghadiri persidangan termasuk beg dan sebagainya. Ada juga yang hadir semata-mamata hanya ingin memenuhi permintaan dari ketua Cawangan ataupun Zon Masing-masing.

      Saya sempat bertanya kepada kepada seorang perwakilan yang hadir pada persidangan tersebut, Bosku apakah intipati dari ucapan dari perasmi dan ketua bahagian? Oh, saya endak dengar tadi keluar aku pigi minum!! Saya bertanya lagi kepada seorang dengan soalan yang sama, dia menjawab, Oh tadi lepas ambil beg dan duit tambang saya terus balik  sebab rumahku jauh !!!

      Saya tidak berapa puas dengan segala jawapan yang di berikan dan berusaha untuk mencari apakah ucapan dasar yang telah di ucap pada perhimpunan tersebut. Saya bertanya lagi kepada seorang yang mungkin adalah ketua Pemuda Cawangan sebab dari cara berpakaian nya dia mengenakan pakaian serba putih dan memakai songket merah yang tertera Logo Umno, Saya bertanya , Dik apakah inti pati dari ucapan ketua Bahagian dan dia dengan senang menjawab “ baru sekarang aku faham akan akan pengagihan keuntungan dan perbelanjaan yang di buat oleh Petronas, 40 % ada kos cari gali minyak, 40 % belanja mengurus dan 20 % adalah keuntungan bersih yang di perolehi oleh Petronas dan 20 % itulah yang akan di agihkan kepada negeri-negeri yang layak ataupun yang di panggil royalty minyak”.

      Dia menambah lagi semasa pemerintahan Tun Mahathir hanya satu saja orang Sabah iaitu Tun Sakaran Dandai menjadi Menteri penuh tapi kini di masa pemerintahan DSNR ada lima orang menteri penuh berasal dari Sabah menjawat jawatan di peringkat perseketuan”.

      Saya agak kagum dengan peluang yang di berikan kepada ahli pemuda ini kerana dia mengambil sedikit apa yang telah di dengarnya semasa masyuarat bahagian tersebut.
   
      Adalah di harapkan kepada perwakilan yang hadir dapat menerangkan serba sedikit kepada ahli di akar umbi tentang keadaan semasa yang terjadi kini.  Sebagai ahli yang bertanggungjawab kepada agama bangsa dan Negara sudah kewajipan kita menyampaikan apa yang benar dan apa yang sebaliknya. Semoga perhimpunan kali ini dapat memberikan sedikit info yang berguna kepada perwakilan yang hadir untuk di terangkan kepada ahli-ahli yang lain.

 Apa pun usul dari Bahagian Tawau  " Sentiasa memberikan sokongan sepenuhnya Kepada YAB DS Najib Razak Sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia" sebagai satu keputusan sebulat suara yang patut di contohi sebagai tanda kesetiaan kepada pucuk pimpinan parti dan negara.


Salam dari Bumi Balung...