Sudah 3 hari saya berulang alik ke Hospital Besar Tawau kerana satu kemalangan yang sememangnya tidak di impikan akan terjadi. Tetapi apa kan daya sudah suratan takdir menentukan akan kejadian ini walaupun ianga agk berat buat saya dan keluarga tetapi saya redha dengan ketentuan nya.
Bermula di Jabatan Kecemasan Hospital Tawau saya mula berurusan. Pada hemat dan pemikiran saya agak susah berurusan dengan Jabatan ini di tambah lagi dengan cerita-cerita negatif yang sering di lontarkan terhadap Jabatan ini.
Setelah mengalaminya sendiri segala yang ada dikotak pemikiran dan pemahaman saya benar-benar salah dan ianya hanyalah persepsi yang salah. Dengan keadaan yang agak sesak dan dengan kakitangan yang terhad saya nampak para petugas Jabatan kecemasan hospital Tawau menjalankan kerja dengan penuh tanggungjawab dan semangat profesionalisme yang tinggi. Para pesakit yang datang di layan tanpa memilih status dan taraf kerakyatan dan taraf kehidupan mereka. Semuanya di lakukan demi untuk meyalamatkan nyawa para pesakit yang datang. Keluarga mangsa pun di layan dengan sangat baik dan penuh sopan oleh setiap kakitangan dan Pewgawai perubatan yang bertugas. Malahan pengawal keselamatan yang ada disitu pun menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas walaupun rata-rata yang saya nampak berumur agak lanjut.
Keadaan agak sunyi seketika pada malam kejadian kerana ada seorang Pegawai Perubatan yang tiba-tiba meninggikan suara yang berbunyi di kaunter pembayaran " this is life, kita kena selamatkan nyawa". Keadaan ini terjadi kerana salah seorang yang datang tidak mempunyai duit yang cukup untuk membayar kos "scan" untuk di buat kepada mangsa kejadian. Setelah beberapa ketika "scan" dilakukan juga walaupun pembayaran belum di lakukan.
Bersambung.............................