4 Sept 2015

Coretanku di hospital besar Tawau- Part 2

Jam sudah menunjukkan pukul 7.00 pm waktu melawat  untuk hospital audah pun tamat. Jururawat sudah mula membulatkan mata sebagai signal agar pelawat keluar dengan rela hati tanpa di suruh oleh pihak keselamatan yang bertugas.

Di kaki lima.hospital saya.duduk seketika bagi.merehatkan.badan yang agak.keletihan setelah.sehari.suntuk berada d kawasan hospital.  Ada pelawat yang seakan "memboking" kerusi-kerusi.panjang mungkin tujuan.mereka ingin tidur  ataupun berehat d waktu malam.

Saya sempat bertanya kepada seorang yg berada d situ, " bro siapa sakit",, oh bini saya sudah 4 hari kenak tahan nak.bersalin. Tak dapat balik kerana.rumah di kalabakan , kereta tak ada hanya guna bas awam. Anak-anak.semua tinggal d rumah.. apa boleh buat katanya...

Di.kelopak matanya seakan-akan terlihat akan titisan putih yang begitu susah untuk.memunculkan dirinya..sambil.dia menjamah sisah nasi tapau yang di belinya di pagi hari tadi.

"Dalam keadaan.begini hanya keluarga yang datang untuk memberikan sokongan moral dan dalam keadaan begini hubungan di antara keluarga dapat di eratkan" tambahnya lagi..

"Dalam apa jua keadaan keluaga mesti di utamakan kerana keluarga sajalah yang akan datang di waktu kita dalam keadaan susah dan senang". Tambahnya lagi dengan nada yang agak emosi.

Dalam keadaan perbualan yang sudah mula rancak aku meminta izin untuk balik seketika membersihkan diri yang sudah agak wangi..he.he

Bersambung... 8.45 pm 4-9-2015