12 Sept 2015

BALAI POLIS UNTUK PEKAN BALUNG, BILAKAH AKAN TERLAKSANA?

Assalamualaikum W.W.

     Cuaca agak sedikit baik hari ini. Terang, tenang melambangkan akan suasana di pekan Balung yang sentiasa tenang dan damai untuk penduduknya meneruskan penghidupan masing-masing. Meskipun keadaan agak sedikit berjerubu dan pandangan agak  terhad ,ianya tidak menghalang penduduk Pekan Balung meneruskan aktiviti tanpa rasa was-was.
(Gambar Hiasan)

     Umum mengetahui Jalan Balung sedang dinaik tarafkan dari satu lorong ke dua lorong untuk memberikan kemudahan dan kesenangan kepada pengguna di masa hadapan. Umum juga mengetahui Balung kini sudah menjadi "Pekan" yang menjadi tumpuan kepada penduduk sekitar untuk mendapatkan bekalan harian seperti ikan dan keperluan barangan runcit. Disamping itu juga Balung menjadi tumpuan kerana terdapatnya Bank Simpanan Nasional dan ianya menjadi tempat utama bagi mereka-mereka yang ada untuk mendapatkan gaji dan kemudahan wang tunai secara yang mudah atau senang tampa pergi ke bandar Tawau Untuk mendapatkan nya.

     keadaan trafik juga agak sesak kerana pembinaan jalan sedang berjalan dan ini sangat menyulitkan pengguna-pengguna yang mengunakannya. Ditambah lagi dengan jentera-jentera kontraktor jalan yang menggunakan jalanraya yang saya tengok ada yang tidak menepati spesifikasi yang di tetapkan oleh pihak berkuasa seperti tiada lampu signal dan sebagai nya. Ini akan menyebabkan risiko kemalangan mungkin agak tinggi jika di bandingkan dengan jalan-jalan yang sedia ada  di sekitar daerah Tawau.

     Adalah di harapkan pihak berkuasa dapat datang ke Balung serta memantau keadaan lalu lintas bagi mengelakkan keadaan yang tidak diingini berlaku  seperti kemalangan yang menyebabkan nyawa. Dengan pertambahan penduduk yang sangat pesat di Kawasan Balung di harapkan juga pihak berkuasa dapat mengujudkan Balai Polis di Pekan Balung. Dengan Bank dan pusat perniagaan yang ada di tambah pula dengan kemungkinan kadar jenayah yang akan meningkat di sebabkan pertambahan penduduk, memerlikan Balai Polis harus di wujudkan atau di sediakan bagi keselamatan dan keselesaan penduduk yang ada di BAlung.

Selamat membaca.

Salam dari Bumi Balung.....