Tawau, 14 September 2015. Satu kejadian angin ribut telah berlaku di Kawasan Tawau pada subuh tadi. Keadaan ini telah menyebabkan beberapa rumah telah rusak teruk. Antara kawasan yang terlibat ialah di kampung Batu 4 Jalan Apas Tawau, sekitar Batu 2 Jalan Apas dan beberapa Taman yang berhampiran dengan kawasan Bandar.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan APAS Merangkap Menteri Belia dan Sukan Sabah ketika di hubungi menyatakan jawatankuasa bencana alam daerah Tawau sedang mengenal pasti dan mengadakan bancian mangsa yang terlibat dan kerosakan akibat dari angin kencang yang melanda awal pagi tadi.
Beliau juga menyatakan bantuan akan di salurkan melalui tabung bencana alam dalam masa terdekat setelah segalanya di kenal pasti. Bantuan untuk mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Pisang Tawau juga akan di berikan dalam masa terdekat bersama-sama dengan mangsa ribut yang baru berlaku awal pagi tadi.
Beliau juga mengharapkan agar penduduk sentiasa berjaga-jaga memandangkan keadaan cuaca kini yang tidak dapat di jangka.
Beliau juga mengharapkan agar penduduk sentiasa berjaga-jaga memandangkan keadaan cuaca kini yang tidak dapat di jangka.