Smk Balung Tawau sekali lagi menjadi tuan rumah kepada kejohanan "Bola Sepak Awal remaja 7 Sebelah 1 Murid 1 sukan yang di adakan pada 19/9/2015.
Dasar 1Murid 1Sekolah mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.
Dasar ini diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.
Pada acara kelmarin ianya telah di sempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Taqfiq Hj Abu Bakar titingan. Beliau merupakan Menteri Belia dan Sukan Sabah menrangkap Ahli Dewan Undangan Kawasan N56 Apas.
Dalam Ucapannya beliau menegaskan akan kepentingan semangat kesukanan yang tinggi perlu ada di setiap jiwa atlit yang bertanding. Bola sepak juga menjanjikan pendapatan yang sangat tinggi dan lumayan seperti yang ada kini di terima oleh pemain pro tempatan dan antara bangsa. Pelajar juga perlu memiliki disiplin yang tinggi untuk mencapai matlamat dan pemain bola sepak yang baik. Pemain juga perlu menggunakan peluang yang tersedia sebaiknya untuk menjadi pemain bukan saja setakat daerah, insyaallah kemana sahaja termasuk di peringkat tertinggi dalam permainan bola sepak.
Dalam pertandingan tersebut seramai 16 pasukan yang telah bertanding mewakili sekolah masing-masing dari daerah Semporna, Kuna dan Tawau. Dalam pertandingan itu Sekolah Kebangsaan Tawau menjadi Juara, Naib Juara Sk Kunak 1, tempat ketiga SK pegagau dan yang keempat adalah SK Bukit Lalang semporna.
Johan dan naib johan pada kejohanan kali ini akan mewakili Daerah ke UKM bagi pusingan akhir kejohanan.
Tahniah juga diucapkan kepada pihak pengurusan sekolah SMK Balung dengan keadaan padang dan persediaan yang sangat rapi untuk menjayakan karnival pada kali ini dan tahniah kepada pasukan yang telah menjuarai dan akan mewakili daerah Tawau pada kejohanan kali ini.