25 Sept 2015

Kesesakkan Jalan Balung , Pemaju dan penguatkuasa harus ambil tindakan untuk elak kesesakkan

Pekan Balung Tawau yang terletak kira-kira 24 batu dari Bandar Tawau. Ianya terletak betul-betul di pinggir jalan utama yang menghubungkan Airport Tawau dan Pekan Semporna dan Lahad Datu. Ianya menjadi jalan utama dan hanya satu-satu nya jalan yang dapat menghubungkan penduduk Lahad Datu dan semporna yang hendak ke lapangan terbang  dan BandarTawau.





Pada  masa ini pembesaran Jalan Balung sedang giat dijalankan di mana jika siap nanti ianya akan dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya kerana jalan yang ada kini satu lorong sedang dinaiktarafkan kepada dua lorong.

Pada  masa terdekat ini terdapat kesesakan yang sangat teruk sering berlaku di sekitar kawasan balung iaitu di sekitar SMK Balung dan Sekitar Taman Sawit. Keadaan ini berlaku adalah di sebabkan jalan sementara yang ada kini sangat sempit dan permukaan sangat tidak rata dan menyebabkan perjalanan trafik agak perlahan.

Sebagai penduduk dan orang yang sering menggunakan jalan raya ini saya ingin mencadangkan beberapa perkara agar kesesakan ini dapat di elakkan diantaranya ialah:

a) Menyegerakan pembinaan di depan Taman Sawit untuk mengelelakkan kesesakan dari berlaku.

b)  Melebarkan jalan sementara bagi memudahkan kenderaan kecil dari melalui jalan tersebut.

c)  Menyediakan lampu amaran dan papan tanda jalan bagi memudahkan para pengguna jalan, maklum saja kebanyakkan pengguna tidak tahu akan keadaan jalan dan ini dapat mengelakkan dari berlaku.

d)  Pihak pemaju haruslah menyediakan kakitangan bagi mengawal lalulintas di kawasan berkenaan di waktu puncak.

Oleh kerana kesesakkan yang selalu berlaku akhir-akhir ini ada diantara penumpang yang hendak menauki kapal terbang terpaksa membeli tiket semula kerana tersekat dalam kesesakkan lalu lintas .

Adalah diharapkan juga kepada mereka yang ingin kelpangan terbang Tawau agar merancang perjalanan mereka agar perkara yang tidak di ingini tidak berlaku.

Salam dari Bumi Balung..