Kelmarin berlaku satu lagi kemalangan yang berlaku di Jalan Balung yang sedang dalam pembinaan. Inya membabitkan sebuah lori. Keadaan ini telah menyebabkan kesesakkan yang amat teruk sehingga mengganggu pengguna yang lain.
Keadaan ini akan sentiasa berlaku jika langkah-langkah keselamatan tidak diambil daripada pihak pengguna jalanraya dan di pihak kontraktor.
Pengguna jalanraya kenalah sentiasa berhati-hati apabila berada di jalan yang sedang dalam pembinaan ini memandangkan keadaan jalan yang agak tidak sesuai digunakan tetapi terpaksa di gunakan juga oleh pengguna kerana tiada pilihan lain .
Pengguna juga terpaksa bersaing dengan jentera-jentera berat dan saya nampak seakan kurang pemantauan keselamatan dari pihak yang berkenaan.
Jika perkara ini dibiarkan dan langkah-langkah keselamatan tidak diambil , ianya di khuatirkan akan menyebabkankan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku seperti kesesakkan yang teruk dan menyebabkan kehilangan nyawa.
Adalah diharapkan kepada pengguna yang sedang dan akan menggunakan jalan ini di harapkan memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada pemanduan kerana keadaan jalan yang tidak sesuai dilalui oleh kenderaan kecil dan terpaksa bersaing menggunakan jalan raya dengan jentera berat dari pihak kontraktor. Pemandu juga diharapkan memberikan perhatian yang sepenuhnya kerana papan tanda jalan dan keselamatan seakan kurang disediakan.
Selamat datang ke Balung ...