9 Nov 2015

Pangkalan Data isi rumah TAP di wujudkan bagi mudahkan penyaluran bantuan - Tawfiq Titingan.

 Alhamdulillah akhirnya 8/11/2015 bersamaan dengan hari Minggu  rasmi lah sudah penubuhan KRT Taman Apas Permai Tawau. Umum mengetahui akan sejarah dan peristiwa suka dan duka yang dialami oleh penduduk Taman Permai dalan tujuh tahun ini bermula dari tahun 2008 tidak sedikitpun melemahkan semangat penduduk dalam terus memperjuangkan hak dalam menuntut agar mereka dapat menduduki rumah yang mereka idamkan.


Tapi itu adalah sejarah Taman Apas Permai yang tetap tersimpan di benak  pemikiran dan lipatan sejarah setiap pembeli dan ianya adalah pembakar semangat untuk penduduk tabahkan hati untuk terus meneruskan penghidupan yang penuh dengan cabaran.

KRT (Kawasan Rukun tetangga) yang diwujudkan adalah bertujuan untuk mengeratkan tali silaturrahim diantara penghuni dan penduduk-penduduk Taman Apas Permai yang ada. Maklumsaja Taman ini masih baru dan ada diantara penghuninya tidak kenal mengenali diantara satu dengan yang lain. Di samping itu juga penubuhan ini akan dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kecurian dan sebagai nya.

Majlis pada hari ini telahpun di sempurnakan oleh ADUN yang sentiasa membantu dari mula kewujudwn taman ini sehingalah kini. Beliau ialah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan merangkap Menteri belia dan sukan Sabah.

Dalam ucapan nya beliau berkata yang Taman Apas Permai ini dan penduduk yang ada begitu dekat di hati beliau mana tidak nya dengan peristiwa dan rentetan yang telah berlaku sepanjang ianya dalam pembinaan. Beliau mengharapkan agar pangalan data penduduk di wujudkan dengan tujuan untuk memudahkan segala bantuan yang kerajaan sediahkan di salurkan kepada mereka-mereka yang layak seperti ibu-ibu tunggal , warga tua dan golongan kurang upaya yang memerlukan bantuan.

Beliau juga berkata akan memberikan bantuan untuk penubuhan Surau dan Tabika kemas dengan syarat mendapat persetujuan dan bantuan dari pihak penaju iaitu pihak SPNB.

 sesungguhnya ini adalah usaha yang sangat murni dari pemimpin setempat dalam memajukan dan memberikan keharmonian kepada rakyat dalam menjalankan tanggungjawab dan kerohanian masing-masing.

semoga ianya menjadi pendorong kepada semua untuk terus berusaha dalam meningkatkan semangat perpaduan sesama kejiranan dan pemimpin setempat.

(Pemenang Acara Larian )



Pertandingan mewarna anak-anak Kejiranan KRT

Penduduk TAP
Urusetia dan barisan AJK KRT TAP

Pengerusi KRT dan ADUN N 56 APAS

Program derma darah


"Salam dari Bumi Balung" Semuanya ada di Balung...