7 Dec 2015

Kerajaan Akan Tetap Jadi ‘Savior’ Kepada Semua Mahasiswa – Zahid

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata semua mahasiswa perlu buang jauh-jauh persepsi jahat yang sengaja ditanamkan pihak pembangkang bagi mengajak mereka membenci kerajaan sedia ada .
Jelasnya pembangkang cuba mengambil kesempatan di atas pengurangan peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam Bajet 2016 kononnya kerajaan menzalimi mahasiswa.
Tetapi hakikatnya tegas beliau walau apapun yang terjadi kerajaan akan tetap menjadi ‘savior’ kepada mahasiswa negara ini tidak kira di dalam mahupun di luar negara.
“Sejurus sahaja ia diumumkahmad-zahidan maka bertubi-tubi berita atau tweet atau artikel di media sosial terutamanya yang menghentam kerajaan dengan pelbagai tajuk. Kerajaan kejam, tidak bertanggungjawab dan sebagainya.
“Lebih buruk daripada itu beberapa orang wakil rakyat Dap dengan penuh taktitalnya mengaitkannya dengan akan berlaku kenaikan yuran universiti awam seluruh negara sehingga ia menimbulkan satu ketakutan, kegelisahan dan kekeliruan kepada pelajar-.
“Kita tidak nafikan pengurangan bajet ini akan menjejaskan peruntukan untuk setiap universiti awam namun saya ingin mengulangi apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Idris Jusoh (Menteri Kementerian Pengajian Tinggi) bahawa demi kebajikan pelajar universiti awam, universiti tidak dibenar menaikkan yuran pengajian  meskipun peruntukan kepada sektor pendidikan tinggi berkurangan dalam Bajet,” ujarnya.
Beliau berkata demikian melalui teks ucapan perasmian yang dibacakan oleh Dr. Ahmad Masrizal Muhammad yang merupakan Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri di Persidangan Kepemimpinan Mahasiswa Nasional 2015 (PEMANAS 3.0) di sini, hari ini.
Tambahnya lagi, pengurangan peruntukan tersebut tidak sepatutnya dijadikan alasan oleh universiti untuk menaikkan yuran pengajian.
Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa faktor ini tidak akan menjadi penghalang kepada kemajuan dan pembangunan di universiti malah pengurangan bajet kali ini mempunyai hikmah yang tersembunyi apabila berpotensi menonjolkan sifat berdaya tahan sesebuah universiti awam dalam mengharungi cabaran ini .
“Semua universiti awam seharusnya mampu menyerap keadaan ini dan melihat elemen ini sebagai satu cabaran baru dunia pendidikan tinggi negara. Sesungguhnya, inilah masanya universiti awam melipatgandakan usaha bagi menjana pendapatan sendiri bagi membantu menampung perbelanjaan universiti”, katanya. – MediaUMNO