9 Jan 2016

Yuran sudah di mansuhkan tapi pendaftaran sekolah kanak bayar RM 120!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga pagi ini semua rakan-rakan pembaca sekalian berada dalam keadaan yang tenang dan harmoni di samping menguruskan keluarga masing-masing.


Sudah seminggu musim persekolahan bermula dan ianya menampakkan kesibukan dan kesungguhan dari semua yang terlibat samada dari pihak ibu bapa, pengusaha bas sekolah dan anak-anak pelajar sekalian.

Kepada yang baru masuk dan mengenali alam persekolahan ianya sememangnya suatu pengalaman yang sangat baru bagi mereka. Mana tidaknya disini lah mereka akan belajar untuk berdikari dan berhubung ataupun berkomunikasi dengan rakan-rakan yang baru di kenali.

Di awal musim persekolahan sebegini sememangnya ibubapa akan turut sibuk menyediakan segala keperluan harian anak-anak terutama yang baru menjejakkan kaki di alam persekolahan. Tiap hari ada saja barang ataupun buku-buku yang perlu di beli untuk kemudahan pembelajaran bagi memastikan segalanya berjalan dengan mudah dan lancar.

Seperti yang kita sedia maklum Kementerian pendidikan telahpun memansuhkan segala yuran yang di kenakan kepada setiap pelajar di setiap sekolah kerajaan. Ianya telah diumumkan sendiri oleh yang Amat berhormat Menteri Pendidikan malaysia(disini) jadi tidak akan timbul lagi isu pembayaran yuran sekolah yang begitu membebankan kepada ibubapa yang kurang mampu.

Yang selalu menjadi yuran wajib ialah yuran untuk PIBG setiap sekolah. Yuran yang di kenakan bergantung kepada keputusan pihak PIBG, ada yang mengenakan RM 10  sehingga RM 50 untuk setiap satu keluarga. bermakna walaupuan jumlah anak yang bersekolah sebanyak di sekolah berkenaan sebanyak 6 orang dan yuran yang di kenakan hanyalah pembayaran untuk satu orang murid sahaja. Yuran yang PIBG kutip ini pun hanyalah untuk kos aktiviti PIBG di setiap sekolah.

Tetapi apa yang selalu menjadi kekeliruan di kalangan ibu bapa disini ialah  setiap kali pendaftaran untuk setiap pelajar pada pembukaan sekolah ialah jumlah yang di kenakan padah setiap pelajar hampir mencecah ratusan ringgit. ini melalui pengalaman saya sendiri di tahun-tahun yang lalu. Jika didengar dari segi jumlah bayaran yang dikenakan ianya memang akan menimbulkan sedikit kemarahan. "Aik bilang tiada sudah yuran tapi kenapa anakku kanak bayar 120 ringgit".

Setelah dilihat secara terperinci bayaran tersebut, kebanyakkan dari bayaran ialah bayaran untuk membeli buku-buku kerja. Dulu tiada buku kerja yang bercetak dan segala kerja yang di beri hendak lah di tulis dengan tangan sepenuh nya. Kini segala buku-buku kerja bercetak dan di penuhi dengan gambar-gambar yang menarik untuk menarik minat murid  terutama yang berada di sekolah rendah.

Dalam setiap keadaan sudah semestinya terdapat kebaikkan dan keburukkan dan ianya bukanlah bertujuan untuk menyusahkan ibu bapa dan murid-murid sekolah. 

Apapun semoga pendaftaran tahun ini akan dapat memberikan kemenangan kepada semua pihak terutama ibubapa, murid dan semua guru-guru. Bukan juga niat guru untuk menyusahakan murid dan bukan juga ibubapa tidak mahu bekerjasama dengan pihak sekolah.

"Murid selesa belajar guru senang mengajar dan bapa ikhlas membayar"

Selamat berhari Sabtu...

"Semuanya ada di Balung ada di Balung"