Jika anda menyangka bahawa tajuk entry ini adalah benar bermakna anda adalah silap dan silap sepenuhnya. Memang kalau di lihat dari keadaan fizikal Klinik Kesihatan Apas balung Tawau ianya sudah agak uzur dan sudah tidak sesuai untuk keadaan dan jumlah penduduk yang ada di kawasan Balung yang memerlukan rawatan perubatan yang berkualiti.
Hari ini saya sempat mendapatkan rawatan di klinik ini , bukan nya saya yang sakit tetapi membawa anak yang sudah empat hari mengidap demam panas. Saya sudah mendapatkan rawatan di salah sebuah klinik swasta yang terletak di perbandaran Tawau tetapi seakan tiada perubahan dan hari ini saya ke kilinik kesihatan kerajaan untuk mendapatkan rawatan yang lebih lanjut
Semasa di klinik swasta saya di kenakan bayaran sebayak RM 150 hanya untuk rawatan demam yang anak saya hidapi. Di klinik kesihatan kerajaan seperti biasa pesakit akan di kenakan bayaran sebanyak RM 1 sahaja untuk setiap kunjungan. Setelah mendaftar saya di arahkan untuk menunggu di bilik Pembantu perubatan bernombor 3. Seperti biasa di dalam pemikiran saya sudah paastinya akan berjumpa dengan pembantu perubatan yang selalunya akan memberikan Panadol dalam keadaan sakit yang sebegini. Tak sampai 20 minit menunggu nama anak saya di panggil oleh seorang yang agak segak bagi penglihatan saya. "Sila duduk adik, adik sakit apa? " Oh, dia demam sudah 4 hari, sudah keklinik swasta tapi belum ada perubahan, saya menambah. "Adik ada sakit sendi, sejuk muntah-muntah"? Banyak lagi soalan yang saya rasa dia cuba tahu akan keadaan sebenar penyakit yang anak saya hidapi.
Saya perhatikan akan tanda nama tertulis Dr. J.....n. Aik sekarang doktorkah yang merawat, kalau dulu hanya pembantu perubatan? Tanya hati kecil saya,, bersebelahan dengan saya dapat saya perhatikan seorang lagi doktor sibuk melayan akan pesakitnya.
Rupa-rupanya klinik Kesihatan Balung Tawau sudah menyediakan empat orang Doktor untuk merawat pesakit yang datang mendapatkan rawatan. Jika di lihat dari carta organisasi yang di lekatkan di dinding klinik berkenaan keempat-empat orang doktor berkenaan berjawatan UG 44.. Wau mereka adalah doktor yang terlatih dan berpengalan yang kerajaan sediakan untuk klinik ini.
Klinik kesihatan ini juga menyediakan Makmal sendiri untuk
menganalisa segala sample yang di ambil bagi mempercapatkan mendapatkan keputusan ujian. Jika dulu , klinik ini mengambil sample darah dan menghantarnya ke Makmal yang terletak di hospital besar Tawau dan ianya mengambil masa sebulan sebelum Doktor dapat mengetahui akan keputusan nya.
Walaupun keadaan persekitaran Klinik agak sempit tapi ianya bukanlah halangan kepada empat orang pegawai perubatan yang bertungkus-lumus dalam merawat walaupun dalam keadaan yang tidak selesa. Dengan cara kerja yang begitu profesional yang di tunjukkan dan di bantu oleh Pembantu perubatan dan Jururawat yang berpengalan, sudah pastinya mereka akan memberikan rawatan yang terbaik untuk penduduk Balung.
Sememangnya struktur dan keadaan fizikal klinik ini sudah agak uzur tapi dari apa yang saya dengar satu bangunan baru akan didirikan bagi menggantikan klinik yang sedia ada sekarang kepada yang lebih baik untuk kemudahan penduduk Balung mendapatkan rawatan yang berkualiti.
Mungkin inilah kesan "GST" dulu tak ada GST klinik ini hanya ada pembantu perubatan dan segala keputusan ujian darah dan sebagainya perlu masa sebulan untuk tahu keputusan dan kini ada GST kerajaan sediakan 4 orang Doktor untuk memberikan rawatan dan boleh terus mengenal pasti akan penyakit yang pesakit hidapi. Dalam keburukan ada kebaikan dan dalam kebaikan sudah pastinya ianya dapat membantu mereka yang memerlukan.
Salam dari Bumi Balung...
" Semuanya ada di Balung, ada di Balung"..