Kepada rakan-rakan yang ingin memiliki rumah sendiri adalah di jemput hadir ke PR1MA @ Ranggu yang di khaskan untuk penduduk Tawau
Berikut merupakan kriteria asas untuk menjadi pemilik kediaman PR1MA.
SKIM RENT-TO-OWN
"Rent-to-Own" (RTO) adalah program Sewa Milik kediaman selama 10 tahun bagi pemohon yang berjaya dalam pengundian untuk Kediaman PR1MA tetapi gagal mendapatkan kelulusan pinjaman daripada bank panel PR1MA.
Di bawah skim RTO, pemohon perlu menyewa kediaman PR1MA sehingga 10 tahun. Pemohon diberi pilihan untuk membeli kediaman tersebut pada akhir tahun ke-5 atau ke-10 pada harga yang ditetapkan oleh PR1MA.
Pemohon boleh memilih antara skim PR1MA Basic RTO atau PR1MA Zero RTO.
PR1MA Basic RTO
Bayaran bulanan: Sewa + Akaun Simpanan Pembeli (ASP)
Kadar sewa bulanan termasuk caruman simpanan yang dikumpul di dalam Akaun Simpanan Pembeli sebagai dana untuk penyewa membeli kediaman PR1MA tersebut kelak.
Jika penyewa memilih untuk keluar daripada skim RTO tanpa membeli kediaman PR1MA tersebut, jumlah simpanan penyewa akan dipulangkan semula selepas bayaran yang dikenakan oleh PR1MA ditolak.
PR1MA Zero RTO
Bayaran bulanan: Sewa
Bayaran bulanan hanyalah untuk sewa kediaman PR1MA sahaja tanpa sebarang caruman simpanan. Sekiranya penyewa memilih untuk keluar daripada skim RTO tanpa membeli kediaman PR1MA tersebut, tiada bayaran balik akan diberi.
Jika penyewa memilih untuk membeli kediaman PR1MA tersebut, penyewa perlu mendapatkan pembiayaan penuh daripada bank panel PR1MA atau mana-mana institusi kewangan yang lain.
Kadar Sewa RTO
- Kadar sewa bagi kedua-dua skim dikira berdasarkan bayaran ansuran perumahan. Sewa bagi skim PR1MA Zero RTO adalah lebih rendah berbanding dengan PR1MA Basic RTO.