11 Apr 2016

CM Sabah saksi Perjanjian PDP Lebuhraya Pan Borneo Sabah


Akhirnya termeterai juga perjanjian pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah antara kerajaan Sabah dan  kerajaan perseketuan. Jika sebelum ini pelbagai pihak melemparkan fitnah diatas janji-janji kerajaan perseketuan terhadap Sabah kononnya ianya hanyalah janji-janji pilihanraya tetapi hari ini semuanya dapat di buktikan dengan perjanjian ini.


Pakej pertama projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah membabitkan jajaran Papar-Doggongan sepanjang 11.7 kilometer (km), yang menjadi sebahagian daripada 706 kilometer jajaran Pan Borneo Sabah Fasa 1.
Kebanyakan laluan itu akan dinaik taraf kepada empat lorong dua hala dengan piawaian R5, dijangka dilancarkan pada penghujung April 2016.

Inilah bukti keperihatinan kerajaan perseketuan terhadap negeri Sabah yang selalu memberikan keutamaan keatas kemudahan awan untuk penduduk-penduduk yang ada di Sabah.

Pemimpin tertinggi sabah juga seharusnya di berikan pujian kerana kurang bercakap tetapi  dapat membawa masuk projek-projek mega dan untuk keselesaan penduduk yang ada di negeri ini.

Teruskan bekerja untuk rakyat jelata dan teruskan mengutamakan kebajikan rakyat dan sudah pastinya rakyat akan terus memilih kerajaan yang sedia ada kini dalam memastikan kebajikan dan keperluan rakyat sentiasa terjaga..

Salam dari bumi Balung..

Semuanya ada di Balung ada di Balung..