24 Apr 2016

Ketua jurulatih SMK Balung bakal mengemudi Pasukan "18 tahun" MSSDT ke peringkat tenggara!!






Tahniah di ucapkan dari kami di Balung kini kepada pasukan bola sepak SMK Balung Tawau yang baru sahaja bergelar Juara dalam pertandingan bola sepak MSSDT  bagi tahun 2016. Kejayaan ini bukanlah di capai dengan mudah tetapi ianya hasil dari pengorbanan daripada pengurusan sekolah dan Jurulatih dan setiap pemain yang bertungkus lumus dalam memartabatkan nama SMK Balung  dalam sukan terutamanya sukan bola sepak.

Ini satu lagi tanda yang SMK Balung sentiasa bersaing dalam apa jua  samada bidang akedemik maupun sukan dan sudah pastinya ianya dapat dan telah di buktikan melalui pencapaian yang terkini iaitu juara pertandingan bola sepak 18 tahun ke bawah peringkat MSSDT .

Sebelum ini Pasukan Bola sepak SMK Balung belum pernah lagi mendapat pencapaian  setinggi ini dan tahun ini mereka telah buktikan yang pasukan SMK Balung sentiasa terbaik dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.

Untuk mencapai kejayaan ini bukanlah semudah apa yang kita lihat dan sangkakan. semuanya memerlukan pengorbanan dari Jurulatih, pemain dan pengurusan Sekolah SMK Balung. Dengan di latih oleh orang yang berkelayaan dan memiliki lesen safa kelas "C" dan mempunyai pengalaman bermain ianya telah diterapkan pada pemain dan akhirnya "SMK Balung" juara  pada tahun ini.

Seperti lazimnya dan pada tahun-tahun sebelum nya, jurulatih pasukan yang memenangi MSSDT akan diambil secara automatik menjadi Ketua jurulatih dan  dan separuh daripada pemain dari pasukan yang menang akan mewakili daerah Tawau di peringkat tenggara (Tawau,Kunak,Semporna dan Lahad Datu) kerana sudah ada keserasian diantara pemain dan barisan jurulatih.

Adalah diharapkan tiadalah pilih kasih atau keputusan yang berat sebelah akan terjadi semasa pemilihan wakil Tawau kerana sebelum ini seringkali terdengar akan rintihan  sesetengah pihak akan ketelusan dalam memilih jurulatih dan pemain yang mewakili MSSS bagi pasukan sekolah daerah Tawau.

Sekali lagi tahniah kepada pengurusan sekolah, Jurulatih dan para pemain yang telah mengharumkan nama SMK Balung di persada Sukan bolah sepak di daerah Tawau.

"Go-Balung, Go Balung, Go Balung.

Semuanya ada di Balung ada di Balung.

Salam dari Bumi Balung. Selamat berhari minggu.