27 May 2016

"DEWAN DATUK SRI NAJIB" Untuk SMK Balung ,Ole-ole dari PM Malaysia!!!!




 Di kedai-kedai kopi, di Pasar-pasar dan di setiap pelusuk "Pekan" Balung topik perbincangan hanya tertumpu dan berkisar akan lawatan Perdana Menteri Malaysia ke Sekolah SMK Balung yang akan menjadi satu sejarah untuk sekolah ini yang berstatus Sekolah Luar Bandar.

Seakan-akan tidak percaya dan seakan-akan hanya mimpi , tetapi ianya memang realiti kerana segala persiapan rapi sudah di buat dan hanya menunggu tanggal mainnya saja  bilang orang Sabah.

Sudah ENAM PM Malysia dan sudah hampir 59 tahun Malaysia merdeka ini adalah julung kalinya PM Malaysia datang sendiri dan menjejakkan kaki ke SMK Balung ini satu pekan yang hanya di kelilingi oleh ladang kelapa sawit  menjadi pilihan PM Malaysia untuk pelancaran lebuhraya Pan Borneo Tawau Sandakan.


Sempena lawatan PM kali ini ramai penganalisa politik dan isu-
isu semasa dan penduduk Balung khasnya  sedang rancak mengulas, mengharapkan agar ada tanda mata istimewa  untuk Sekolah ini. Mereka mengharapkan agar PM sudi menghadiahkan dewan serbaguna untuk kegunaan pelajar serta aktiviti PIBG sekolah ini. Besar atau kecil bukan lah masalah tapi kenangan dan sejarah yang akan tercipta sudah pastinya menjadi bualan serta catatan sejarah istimewa untuk sekolah ini dan daerah Tawau.

Jika terlaksana atau termakbul doa orang-orang Balung serta Pelajar-pelajar   , akan tercatatlah dan terpampang lah "DEWAN DATUK SRI NAJIB RAZAK" yang akan menjadi kenangan serta bualan penduduk Balung dan Tawau khasnya dan sudah pasti ianya akan menjadi sejarah yang akan diingati sepanjang masa.

Semoga ianya menjadi kenyataan.

Salam dari Bumi Balung...

Semuanya ada di Balung ada di balung..