19 Jul 2016

3 kemalangan, sebabkan 2 kehilangan nyawa d Jalan baru "U-turn Balung Tawau




Tidak sampai dua minggu sudah tiga kemalangan telah berlaku di “U-turn “Balung. Dua melibatkan kemalangan maut dan satu kemalangan hanya mengalami cedera ringan dan hanya melibatkan kerugian harta benda.
Satu kemalangan yang menyebabkan kematian, mangsa adalah pekerja dari pemaju sendiri dan satu lagi mangsa ialah  orang awam.

Peta Lokasi dan proposed u turn baru
Secara logiknya kemalangan agak sukar untuk berlaku dengan keadaan jalan yang sangat baik dan memberikan keselesaan kepada setiap pengguna yang menggunakan nya. Di tambah lagi dengan dua lorong yang ada sekurang-kurang nya dapat mengelakkan risiko kemalangan daripada berlaku.

Walau bagaimanapun, tiga kemalangan dalam masa
Perjumpaan dgn Ketua Jurutera Bhgn Tawau
terdekat dan jika di tukarkan kepada peratus kemalangan maut lebih kurang  66.67 % telah berlaku. Ini menunjukkan setiap kemalangan yang melibatkan “U turn”  balung berisiko  dan sangat membimbangkan.

Ternyata “U turn” yang ada sekarang tidak sesuai untuk pengguna-pengguna jalan raya terutamanya pengguna-pengguna yang berada di sekitar Balung dan Tawau. Ini berdasarkan kepada jumpah kemalangan dan peratus kemalangan yang sudah berlaku khasnya berkenaan “U turn” di Balung.

Adalah di harapkan lokasi U turn yang ada sekarang dapat di ubah kepada tempat yang sesuai dan selesa untuk di gunakan. Memandangkan U turn yang ada sekarang jaraknya lebih kurang 5 km dari taman sawit dan ini menyebabkan ramai pemandu dan pengguna jalan raya m,engambil jalan mudah dengan “curi jalan” menyebabkan risiko kemalangan agak tinggi untuk terjadi di Balung.

Sokongan dari semua ketua di balung (Tandatangan patisyen)
Sebelum kedatangan YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Najib Razak ke Balung baru-baru ini, wakil penduduk balung telah di panggil ke pejabat JKR Tawau dan telah di berikan taklimat akan pembinaan “U-turn” yang jaraknya lebih kurang 1 km dari Taman Sawit berbanding 5 km dengan “U-turn” yang ada kini. Pihak JKR Tawau juga menyediakan lukisan lokasi  dan di bentangkan pada wakil penduduk pada perjumpaan berkenaan.

Malangnya sehingga kini pihak JKR Tawau belum melakukan apa-apa tindakan dan
Perbincangan dgn Pengarah JKR Sabah
bila di tanya mereka memberikan alasan kena minta kelulusan dari JKR pusat sedangkan pada taklimat yang lalu mereka berjanji akan buat selepas Majlis bersama Perdana Menteri selesai.

Sebagai penduduk Balung dan pengguna Jalan raya, saya mengharapkan agar pihak JKR mengambil berat akan perkara ini memandangkan risiko untuk berlakunya kemalangan sangat tinggi dan lebih penting lagi ianya melibatkan nyawa. Jika U-turn yang di janjikan oleh JKR dapat di buat ianya sememangnya rahmat untuk orang Balung dan diharap juga ianya dapat mengurangkan masa perjalanan, kos dan yang lebih penting lagi kemalangan maut dapat di kurang kan.


Semuanya ada di Balung ada di balung.......