Semalam
17/8/2016 saya sempat meluangkan masa untuk menghadiri satu seminar berkenaan
dengan zakat yang di adakan si sebuah hotel terkemuka yang terletak di daerah
Tawau. Pada mulanya saya merasakan saya tidak perlu untuk mengetahui lebih
lanjut akan hal-hal yang berkaitan dengan zakat kerana saya sudah pun membazar
zakat fitrah pada tiap-tiap bulan Ramadan. Tambahan pula saya adalah penerima
BR1M sudah pastinya saya tidak layak untuk mebayar zakat harta, pendapatan dan
sebagainya.
Acara
pada hari tersebut di hadiri oleh perbagai lapisan masyarakat, dan kebanyakkan
dari mereka adalah kakitangan kerajaan, ketua Kampung, Amil, Pengerusi JKKK dan
mungkin hanya saya sendri sahaja yang bekerja dalam sektor perladangan.
Setelah
mendengar penerangan dari pihak yang bertugas pada hari tersebut akhirnya saya
memahami serba sedikit akan zakat. Terdapat dua kaedah mengira dan menaksir
zakat pendapatan.
1)
Mengira atas pendapatan Kasar
Zakat
pendapatan dikira atas semua sumber pendapatan kasar dalam setahun. Kadar zakat
sebanyak 2.5% sekiranya taksiran berpandukan penggunaan takwiw hijrah, manakala
kadar 2.577% adalah taksiran berdasarkan tahun masihi. Pendapatan tersebut
mestilah bersamaan atau melebihi nisab.
2)
Mengira atas pendapatan bersih.
Jumlah
pendapatan kasar setahun di tolak perbelanjaan yang di benarkan dalam setahun.
Sekiranya pendapatan bersih bersamaan atau melebihi nisab, kadar zakat 2.5%
atau 2.577% dikenakan atas pendapatan tersebut berdasarkan penggunaan takwim
hijrah atau masihi.(Sumber Pusat Zakat Sabah)
Sebagai
contoh, jika anda mempunyai pendapatan tetap sebanyak RM 2000 sebulan , seorang
isteri, 4 orang anak. Kiraan nya adalah seperti berikut.
Pendapatan
|
24000.00
|
|||||||||||||||
Setahun (RM)
|
||||||||||||||||
1
|
Diri
|
9000.00
|
||||||||||||||
2
|
Jumlah Isteri RM 3000 X 1
|
3000.00
|
||||||||||||||
3
|
Anak
RM 1000 X 1(4 orang)
|
4000.00
|
||||||||||||||
4
|
Pemberian Ibu/Bapa
|
1200.00
|
||||||||||||||
5
|
Caruman KWSP (11 %)
|
2640.00
|
||||||||||||||
Jumlah tolakan dalam setahun
|
19840.00
|
|||||||||||||||
Gaji Bersih
|
4160.00
|
|||||||||||||||
6
|
Gaji bersih X 2.5/100
|
104
|
||||||||||||||
Jumlah Zakat pendapatan yang wajib di
bayar setiap tahun jika gaji saya sebulan RM 2000
|
||||||||||||||||
atau RM 24000 setahun ialah RM
104 .
Setelah
mendengar dan membuat perkiraan seperti panduan yang telah di beri oleh pihak
Pusat zakat Sabah akhirnya saya mendapati bahawa seseorang yang bergaji tetap
sebanyak RM 2000 sebulan , punyai seorang isteri dan 4 orang anak adalah
layak membayar zakat sebanyak RM 104 setahun.
Sedikit
rasa bersalah timbul di benak pemikiran saya kerana sudah bertahun saya tidak
menunaikan kewajipan dalam membayar zakat dengan pendapatan yang saya ada.
Kalau di
jabatan-jabatan kerajaan mungkin Pihak Zakat Sabah sentiasa mengadakan
taklimat dan penerangan tentang zakat, tapi di pihak kami yang bekerja dengan
pihak swasta memang maklumat sebegini memang asing bagi kami. Adalah diharapkan pihak Zakat
sabah mengambil berat akan permasalahan yang kami alami kerana ramai diantara
kami tidak mengetahui berkenaan dengan zakat dan diharap ianya akan
meyedarkan pembayar untuk menunaikan kewajipan dalam membantu
golongan-golongan yang memerlukan.
Salam dari
Bumi Balung..
“Semuanya
ada di Balung ada di Balung”
|