masyuarat Agung Umno Parlimen P 190 Tawau telahpun berjalan dengan rasminya pagi tadi. Istimewanya masyuarat kali ini telah di rasmikan sendiri oleh YAB Datuk Hishamuddin Hussein Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Naib Presiden Umno.
Didalam ucapannya beliau menekankan akan perlunya semangat setiakawan yang tinggi di samping kerjasama diantara ahli dan pemimpin tertinggi Parti dalam memastikan Parti keramat ini terus di beri kepercayaan oleh rakyat dan terus memerintah negara ini. Beliau juga meluahkan rasa terharu diatas pengorbanan yang telah di beri terutama dari ahli akar umbi kerana terus memberi kepercayaan kepada pemimpin yang sedia ada dalam menangkis segala tohmahan yang pembangkang sengaja di ada-adakan.
Sebelum itu ucapan alu-aluan di mulakan dengan oleh Ketua Umno Bahagian P190 Tawau Datuk Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan seperti biasa beliau sentiasa menekan kan akan perlunya mengetahui fakta sebenar pembentukan Malaysia dan Sabah di dalam Malaysia. Sabah for Sabahan adalah satu cogankata yang begitu sangat tidak sesuai untuk rakyat Malaysia yang ada kini. Bayangkan jika semua negeri melaungkan kata-kata sedemikian ianya sudah pasti akan menyebabkan ketidakstabilan dan penghidupan masyarakat seharian seterusnya akan mengganggu sistem politik di Malaysia.
Sudah pastinya Umno pusat akan sentiasa memberikan keutamaan kepada Negeri Sabah dalam menjamin Umno sentiasa kukuh dan terus mentadbir Malaysia yang tercinta dan seterusnya menjalankan segala perancangan jangka panjang yang telah di rancang...
Salam dari bumi Balung..