Perkenalan mereka bermula kira-kira 50 tahun dahulu bertempat di sebuah kem kayu balak yang bernama kalabakan. Pada ketika itu kebanyakan pendatang dari Indonesia termasuk ayah saya datang ke Tawau semata-mata untuk mencari kelebihan dari segi ekonomi dan rata-rata dari mereka berhajat untuk berkerja dan mengumpul duit di Tawau dan balik semula ke Indonesia untuk meneruskan penghidupan.
Ketika bekerja di kem kayu balak berkenaan, ayah saya ditempatkan di sebuah 'kongsi' yang baru dibina untuk penempatan para pekerja yang bekerja di syarikat tersebut. Pada waktu berkenaan keadaan sudah pastinya sangat sukar di tambah lagi baru sampai ke Tawau dan segalanya pasti kekurangan termasuklah bahan makanan dan segala kemudahan yang asas. Tapi itu semuanya bukanlah penghalang untuk para pekerja di kem berkenaan untuk terus meneruskan penghidupan diri serta keluarga masing-masing.
Menurut ayah saya dia di tempatkan di sebuah kongsi yang
mengandungi sepuluh "kamar" dan di tempat kan betul-betul di hujung kongsi berkenaan. Di hujung kongsi berkenaan terdapat satu keluarga yang sudah mempunyai isteri serta anak-anak. Menurut bapa saya, keluarga ini sangat baik dan selalu membantu bapa saya dalam apa jua keadaan walaupun di dalam keadaan susah dan senang. Apa yang saja juadah yang keluarga itu hidangkan sudah pasti ayah saya akan merasa hidangan berkenaan. "Tiap-tiap pagi saya di buatkan air dan di sediakan bekal untuk di bawa ke tempat kerja". Menurut ayah saya, isteri dan suami keluarga tersebut sangat baik dan pada ketika di kejauhan di tengah kem kayu balak hanya keluarga berkenaan menjadi tempat mengadu suka dan duka maklum saja berada di perantauan. Dalam keluarga berkenaan juga ada seorang insan yang ayah saya panggil "Sammeng". Dia inilah yang selalu datang atau menghantar makanan kerumah ayah sambil menemani ayah saya jika tidak kerja. Maklum saja di Kem keadaan sangat sunyi dan pada ketika itu mungkin belum ada kemudahan letrik seperti sekarang.
Setelah saya di lahirkan dan membesar, ayah saya selalu menceritakan tentang seorang budak yang bernama "Sammeng" yang sangat bijak pada ketika itu, ayah saya selalu memberikan dia sebagai contoh dalam apa juga yang saya lakukan, tapi di pikiran saya, manalah lah saya kenal orang tu jadi saya mendengar umpama masuk telinga kiri dan keluar di telinga kanan. Sehinggalah pada suatu ketika saya terjumpa nama yang selalu ayah saya sebut di satu group whatapp. Alhamdulillah dia masih mengenali ayah saya dan sanagt berhajat untuk berjumpa dan bersua muka.
Alhamdulillah akhirnya dengan hajat yang ikhlas dan penuh rasa bersungguh-sungguh perjumpaan ini dapat di realisasikan setelah hampir 50 tahun berlalu.Tuan Hj Saman dan isteri telah berkunjung kerumah saya. Hati saya terasa sangat sebak kerana jurang sudah agak jauh tetapi itu bukan lah alasan untuk mereka berjumpa sambil mengamit segala kenangan yang mereka lalui bersama-sama kira kira 50 tahun dahulu. Sehingga topik" Kacang goreng menjadi topik yang terhangat".Perbualan seperti keadaan sama 50 tahun dulu walaupun terdapat sedikit kekangan di atas faktor kesihatan.
Pada saya , Sahabat bukan mereka yang menghampirimu ketika perlu, namun mereka yg tetap bersamamu ketika seluruh dunia menjauh..
Persahabatan tidak mungkin terjalin secara otomatik tetapi memerlukan proses yang panjang, seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.
“Teman itu seperti bintang Tak selalu nampak Tapi selalu ada dihati, Sahabat akan selalu menghampiri ketika seluruh dunia menjauh.. Karena persahabatan itu seperti tangan dengan mata Saat tangan terluka, mata menangis Saat mata menangis, tangan yang menghapusnya".
Doaku semoga persahabatan dan perjumpan ini menjadi satu titik permulaan untuk meneruskan ikatan di masa kini dan di masa akan datang. Tiada kata-kata yang terindah untuk dapat saya ungkapkan di coretan ini kecuali...
"Saya sangat terharu tuan dan isteri sudi berjumpa dengan ayah saya dan bertandang ke teratak buruk saya atas nama persahabatan yang sejati, semoga allah sentiasa memberkati"..
Salam dari Bumi Balung..
Semuanya ada di Balung ada di Balung..