Pilihanraya yang ke 14 bakal menjelma tidak lama lagi yang sememangnya di tunggu-tunggu oleh segenap lapisan rakyat Malaysia yang cintakan sistem demokrasi yang di amalkan di Malaysia sejak pasca kemerdekaan lagi.
Sememang yang menjadi topik hangat di setiap perjumpaan samada di surau-surau maupun kedai kopi ialah "siapakah wakil kita pada kali ini" atau lebih senang Wakil Rakyat.
Terdapat beberapa jenis Bakal Calon yang saya perhatikan ada dan sedang cuba menarik perhatian pihak-pihak yang berkenaan dengan kata lain sedang "melobi" untuk dipilih untuk menjadi calon pada pilihanraya akan datang.
Perubahan ketara dapat di perhatikan dari tindak tanduk bakal calon dari segi penampilan dan hubungan dengan masyarakat. Ada yang tiba-tiba rajin ke surau tempat di mana mereka sedang melobi untuk menjadi calon dan ada yang sentiasa mesra dengan rakyat walaupun selepas PRU 13 yang sudah lalu kelibat mereka susah di temui dan apabila di talipon ke talipon bimbit mereka, susah untuk diangakt apalagi menjawab panggilan berkenaan.
Ada juga bakal calon yang tiba-tiba menjadi dermawan dengan memberikan sumbangan dengan badan-badan kerajaan dan sebagainya. Walaupun sumbangan nya tidak seberapa tetapi ianya di berikan liputan yang seluasnya dengan tujuan semua orang tahu yang bakal calon berkenaan benar-benar ikhlas dan perihatin sedangkan selama ini mereka lansung tak ada di kawasan dan sangat susah untuk di hubungi apalagi meminta bantuan darinya.
Di samping ramai yang melobi, dari tak pandai senyum tiba-tiba jadi peramah dan tidak lokek dengan senyuman dan keperihatinan, ada juga yang benar-benar berhidmat untuk rakyat, ada juga yang sentiasa ada bila di perlukan dan ada yang sentiasa "kam 1" bila rakyat di kawasan mereka menghadapi musibah dan sebagainya. Bakal Calon yang sebegini seharusnya di berikan peluang untuk menjadi Calon kepada Parti yang akan bertanding kerana jika yang rajin dan sentiasa mendekati rakyat sudah pastinya menjadi pilihan utama kepada pengundi. Bakal calon itu juga hendak dari mereka yang masih muda tapi matang, masih bertenaga, masih aktif dan sentiasa cergas untuk sentiasa ada di lapangan dan bukannya mereka yang sudah berumur sehinggakan susah untuk bersama rakyat jika terpilih menjadi calon dan menang di DUN ataupun Parlimen berkenaan.
Adalah di harapkan pucuk pimpinan tertinggi samada dari pembangkang maupun parti memerintah memilih Bakal Calon yang di sukai dan di perlukan oleh rakyat dan jangan lah memilih bakal calon yang hanya ingin mempergunakan kedudukan dan jawatan yang di sandang kelak untuk kepentingan peribadi sehinggakan ianya menyusahkan rakyat yang telah memilih mereka .
Bersambung...........