5 Sept 2017

Buktikan jika benar Musa Aman amalkan polisi berkenaan.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum mengulas dengan lebih lanjut saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam aidil adha kepada semua pembaca Balung kini yang tidak jemu-jemu di dalam memberikan pandangan dan komen di setiap entry yang saya buat. Tidak lupa juga kepada warga Tawau dan Balung khasnya  yang sentiasa memberikan sokongan dan sentiasa memberikan imput-imput yang sangat berguna untuk manafaat semua.

Di sini saya ingin memberikan sedikit pandangan peribadi tentang pos yang baru sahaja di buat oleh Saudara Jufazli Shi Ahmad d Facebook berkenaan kebakaran yang baru saja berlaku hari ini di Kampung Titingan Tawau.  Di dalam pos beliau ada tertulis seperti dalam gambar di atas  dan mengaitkan nya dengan ketua menteri Sabah iaitu Datuk  Musa Aman.

Adakah polisi membakar rumah seperti yang di nyatakan ada di amalkan oleh kerajaan negeri Sabah seperti yang di nyatakan oleh Saudara Jufazli ? Jika ada sila berikan bukti kepada pihak berkuasa agar mereka senang menjalankan siasatan. Sebagai seorang yang berpendidikan, seharusnya setiap kenyataan yang di keluarkan hendaklah di sertakan dengan bukti yang nyata dan sahih dan bukannya sekadar membuat kenyataan dan membinggungkan pembaca.


Tidak salah untuk berpolitik dan tidak salah untuk menjadi ahli politik tetapi ia seharusnya dilakukan dengan tujuan yang baik dan membina masyarakat setempat bukan  mengadudomba serta mengelirukan rakyat dengan kenyataan- kenyataan yang tidak bertanggungjawab sehingga melibatkan nama baik Ketua Menteri sabah dan beberapa Adun Kawasan Tawau. Ada baiknya jika saudara mengumpulkan bantuan dengan segera seperti yang di lakukan oleh kerajaan yang ada kini.

Menurut satu laporan dari  harian metro yang disiarkan hari ini , kejadian berlaku adalah  dilakukan oleh penduduk setempat dan ianya tiada kena mengena dengan ketua Menteri sabah dan ADUN-ADUN serta ahli Parlimen Tawau seperti yang di nyatakan oleh Saudara Jufazli.

Fikir-fikirlah jenis macam mana Pemimpin yang kita harapkan dan fikir-fikirlah siapa yang sering cakap yang bukan-bukan dan siapa yang sentiasa membantu bilamana di perlukan.

Kami dari Balungkini  mengucapkan salam takziah kepada seluruh mangsa kebakaran dan di harapkan tabah menghadapi ujian allah.

Salam dari Bumi Balung ..

Semuanya ada di Balung ada di balung.