28 Nov 2017

Malaysia Bagus , Najib Bagus bergema di Jabal Nur Mekkah




Disebelah utara Masjidil Haram kurang lebih 6 km, terdapat sebuah gunung yang dikenali dengan nama Jabal Nur. Tinggi puncak Jabal Nur kira-kira 200 meter, di sekelilingnya terdapat sejumlah gunung, batu bukit dan jurang. Sekitar 5 meter dari puncak gunung, terdapat sebuah lubang kecil. Itulah yang disebut Gua Hira, di mana Nabi Muhammad S.a.w. mendapat wahyu pertama.

Letak Gua Hira di belakang dua batu raksasa yang sangat dalam dan sempit. Panjang gua tersebut
sekitar 3 meter dengan lebar sekitar 1.5 meter, dan ketinggian sekitar 2 meter setinggi orang berdiri.
Dengan luas dimensi seperti itu, gua ini hanya cukup digunakan untuk shalat dua orang. Di bagian kanan gua terdapat teras dari batu yang hanya cukup digunakan untuk shalat dalam keadaan duduk dan terdapat lubang kecil yang dapat dipergunakan untuk memandang kawasan bukit dan gunung arah Makkah.


Untuk menaiki gua tersebut pendaki yang bertenaga dan mempunyai stamina yang baik boleh mengambil masa lebih kurang se jam dan satu jam setengah kerana keadaan bukit yang agak curam dan memerlukan sepenuh perhatian semasa pendakian. Disepanjang pendakian menuju ke puncak Gua Hira  terdapat beberapa orang yang saya tidak berapa pasti akan identiti mereka kerana terdapat di antara 10-20 orang yang berdiri dan berdoa sambil dalam jarak 10-15 meter diantara satu dengan yang lain. Di samping menadah kan tangan dan mungkin  mendoakan kesejahteraan kepada para pengunjung ,mereka juga meminta sedikit derma bagi membuat anak-anak tangga untuk mendaki puncak tersebut bagi memudahkan para pendaki samada yang tua ataupun yang muda untuk sedang sampai ke puncak  Gua Hera.

Oleh kerana keadaan pada malam itu agak gelap kerana waktu di mekka pada waktu itu sudah menunjukkan pukul 10 malam menyebabkan jarak pandangan agak terhad. Setiap kali mereka menyapa saya dengan menggunakan bahasa mereka saya akan balas dengan perkataan "Malaysia" sehinggakan beberapa orang pelawat yang berada di hadapan dan belakang saya terus berpaling dan melihat kepada saya sambil tersenyum dan saya rasa mereka adalah pelawat dari Negara Turki berdasarkan logo bendera yang ada di setiap baju yang mereka pakai.  Daripada 20 orang hampir 10 orang yang menyebut "Malaysia Bagus dan Najib Bagus" sebagai tanda ucapan alu-aluan kepada saya sebagai orang Malaysia walaupun saya kurang pasti apa yang sedang di doakan nya dalam bahasa mereka sendiri. 

Perasaan bangga yang teramat sangat muncul secara tiba-tiba di benak perasaan saya kerana bukan saja pemimpin yang ada di Negara-negara Arab tetapi nama Malaysia dan nama Perdana menteri Malaysia begitu terkenal di kalangan rakyat yang ada di negara yang penuh keberkatan. dengan perasaan yang sangat bangga sebagai rakyat Malaysia kerana begitu di kenali di peringkat dunia pendakian saya pada malam berkenaan tidak terasa sampai ke puncak tanpa menghadapi sebarang kesulitan. Alhamdulillah.

Bagi sebagian kaum Muslimin, perjalanan ibadah  umrah bukan hanya sekedar menyempurnakan proses atau ritual sebagaimana diwajibkan atau disunnahkan syariat, tapi juga sebuah wisata keagamaan. Salah satunya adalah dengan melakukan ziarah. Dan salah satu tempat ziarah yang paling dicari para jamaah haji umrah adalah Gua Hira yang terletak di Jabal Nur (Gunung Cahaya).

begitulah serba sedikit catatan perjalanan ku yang begitu berharga
bagi diri ini kerana ianya telah merakamkan kenangan yang sangat indah dan dapat menyelami serba sedikit akan kesukaran Nabi Muhammad S.A.W pada zaman berkenaan. Ianya sudah pasti akan menjadi pengalaman yang sangat berguna untuk saya meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran untuk meastikan saya sentiasa berada di landasan yang benar sebagai umat islam yang sejati.

Salam dari bumi Balung....

Semuanya ada di Balung ada di Balung..