8 Feb 2018

UMNO Zon 6 sudah sedia hadapi PRU 14

Sebentar tadi satu pertemuan telah di adakan di antara pemimpin-pemimpin tertinggi oleh UMNO Zon 6 iaitu  UMNO P188 Silam, UMNO P189 Semporna, UMNO P190 Tawau dan UMNO P191 Kalabakan. Ianya telah di adakan di bilik masyuarat Umno Bahagian Kalabakan. Pada perjumpaan kali ini ianya sangat istimewa kerana di hadiri oleh  Naib Presiden Umno Malaysia merangkap  Menteri Pertahanan Malaysia iaitu Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien. Turut hadir pada perjumpaan berkenaan ialah Ketua-Ketua bahagian dan semua pemimpin tertinggi Zon termasuk Ketua Sayap serta AJK - AJK Bahagian dari setiap bahagian UMNO.

Perjumpaan kali ini banyak membincangkan akan hala tuju parti
serta persiapan bagi menghadapi PRU ke 14 yang pada bila-bila masa akan tiba dan ianya juga sudah pasti memberikan semangat serta dorongan kepada setiap pemimpin yang ada serta ahli-ahli parti.
Jika di lihat dari mood serta semangat  daripada pemimpin yang ada dan para penyokong Umno dan Barisan nasional, menunjukkan Barisan Nasional akan  menguasai semula Zon 6 seperti pencapaian PRU ke 13 yang lalu di mana semua kerusi telah di menangi kecuali DUN Sri Tanjung yang di kuasai oleh DAP.

Semuanya ada di Balung ada di Balung...