5 Oct 2023

10 ribu dari 30 ribu Pengundi DUN N68 Apas kini Ahli PGRS

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.





Pada hari minggu yang lalu iaitu 1/10/2023 saya telah di jemput untuk mengiringi Ketua Bahagian PGRS  Balung untuk menghadiri  masyuarat Agung Tahunan PGRS Bahagian Apas. Majlis berkenaan telah di adakan di sebuah hotel terkemuka yang ada di Bandar Tawau.


Pada perjumpaan berkenaan ianya telah di hadiri kira-kira 800 orang


perwakilan  yang terdiri daripada 170 cawangan PGRS Bahagian Apas. Turut hadir pada  perjumpaan berkenaan ialah Ahli Parlimen Tawau, Ketua Bahagian Balung, Ketua Bahagian Sri Tanjung dan turut serta Ketua-ketua Bahagian Komponan Gabungan GRS Sabah.


Pada majlis berkenaan, ianya telah di rasmikan sendiri oleh YB Nizam Bin DSP Hj Abu Bakar Titingan. Beliau adalah ADUN N68 Apas merangkap Ketua Bahagian PGRS N68 Apas . Di dalam ucapan nya beliau menekankan agar semua ahli-ahli parti sentiasa bekerjasama di antara satu sama lain bagi memantapkan lagi perpaduan dan kerjasama di antara sesama ahli.  Beliau menekankan agar semua

ketua-ketua cawangan dan ahli PGRS Bahagian menunjukkan contoh teladan yang baik agar masyarakat sekeliling menilai dan seterusnya berminat untuk menyertai PGRS seterusnya mengukuhkan kedudukan Parti di kawasan Apas.  "Setakat ini keahlian PGRS bahagian Apas telah mencecah 10 ribu ahli dari 30 ribu pengundi  yang berdaftar  di

Kawasan Apas dan Bahagian Apas kini mempunyai 170 cawangan." Ini menunjukkan Parti tempatan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari rakyat jelata di bawa kepimpinan Ketua Menteri Sabah "Sabah Maju Jaya".

"PGRS rumah kita, Rumah kita, kita yang jaya"  sebanyak tiga kali


slogan ini di laungkan dan ianya mendapat tepukan yang sangat gemuruh dari semua perwakilan yang hadir sambil sama sama melaungkan selogan tersebut dengan penuh semangat.

Apa yang dapat saya perhatikan, PGRS DUN Apas mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari pengundi APAS ,ini di buktikan dengan senarai Cawangan yang di tubuhkan iaitu sebanyak 170 cawangan dan keahlian hampir 1/3 daripada jumlah pengundi yang ada di Kawasan APAS.


Gaya dan cara kepimpinan yang di warisi dan sikap peduli rakyat dan sentiasa turun padang yang menyebabkan nama :NIZAM ABU BAKAR TITINGAN sentiasa bermain di bibir penduduk-penduduk Tawau teruamanya di Kawasan Apas.

Adalah diharapkan YB Apas akan di berikan tanggungjawab yang besar di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah agar dia dapat menyumbangkan lebih tenaga


dan bakti di dalam memajukan sosial, ekonomi dan Tawau agar dapat bersaiang atau sama dengan bandar-bandar di Sabah dan mewujudkan lebih peluang pekerjaan dan perniagaan untuk orang-orang Tawau.


Salam dari bumi Balung.