29 Nov 2016

Perhimpunan Agung Umno 2016 dan hala tuju Parti

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Perhimpunan Agung Umno yang bakal berlansung mengumpulkan ribuan perwakian dan pemerhati yang akan hadir dari seluruh pelusuk negara yang menjadikannya satu perhimpunan yang sangat bersejarah buat seluruh warga Malaysia dah ahli Parti khasnya yang tidak sabar menantikan dan mendengarkan amanah   dari pemimpin tertinggi parti dan suara-suara keramat dari seluruh perwakilan yang mengambil bahagian dalam perbahasan kali ini.

Dengan keadaan politik yang kian mencabar dan di tambah lagi dengan beberapa peristiwa yang berlaku di dalam Umno itu sendiri temasuk pemecatan DSMY, perletakan Jawatan DSSA dan penyertaan TM dalam perhimpunan Bersih 5 yang baru berlalu sudah pastinya akan menjadi topik perbahasan dan intipati perbahasan dari kalangan pemimpin dan perwakilan yang hadir pada kali ini.

Apakah Perhimpunan Agung Umno kali ini adalah yang terakhir
sebelum menjelangnya PRU yang ke 14 dan menjadi medan kesatuan dan pesefahaman di kalangan ahli  dan pemimpn tertinggi Parti keramat ini. 


Chow Kit Road
2.45 am. 
29 Nov 2016


22 Nov 2016

Pasar Tamu gadang ,Karaoke Santai eratkan silaturrahim penduduk Balung Tawau

Balung ialah sebuah Pekan yang terletak di antara Bandar Tawau dan Semporna dan  mengambil masa kira-kira tiga puluh minit perjalanan dari Bandar Tawau ke Balung. Dengan jaringan jalanraya yang sangat baik , Balung menjadi satu destinasi yang patut di kunjungi apabila anda berada di perbandaran Tawau.

Semalam satu pertandingan Karaoke telah di adakan di pekan Balung dan ianya di sertai oleh para penduduk yang berada di sini. Yang paling membanggakan ianya mendapat sambutan di luar dugaan dari pada peminat-peminat karaoke samada yang tinggal di Balung maupun yang berada di persekitaran Pekan Balung.

Pertandingan Karaoke kali ini telah dianjurkan oleh Encik Rostam
Safar merangkap Pengerusi jawatankuasa pasar Gadang  Balung. Dalam Ucapan alu-aluan nya beliau mengucapkan ribuan terimakasi kepada pihak SEDCO kerana memberikan kebenaran mengadakan aktiviti karaoke dan santai di kawsan yang di miliki dan di tadbir oleh pihak SEDCO.

Acara pada malam tadi juga telah di rasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang merupakan ketua Setiausaha kepada Ketua menteri Sabah. Beliau sememangnya sudah sinonim dan di kenali oleh hampir setiap penduduk balung kerana usahanya yang hampir setiap minggu berada di balung dan selalu orang pertama muncul kemajlis-majlis keagamaan dan majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi yang di adakan di persekitaran pekan balung.

Didalam ucapan perasmiannya, beliau meluahkan rasa kegembiraan yang teramat tinggi kerana majlis-majlis sebegini dapat mengeratkan silaturrahim sesama penduduk serta mengeratkan tali persaudaraan. Ianya juga dapat meledakkan ekonomi setempat serta peniaga-peniaga yang berniaga di Pasar Gadang yang di adakan pada setiap hari isnin. "Peniaga -peniaga kecil dapat manafaat sepenuhnya dengan pengujudan Pasar Gadang, penduduk dapat beriadah dan Balung mendapat impak yang sangat positif  daripada penganjuran  seperti ini".

Beliau juga mengharapkan agar penduduk-penduduk yang berada di persekitaran Balung sentiasa bekerja sama dan  dengan apa yang dilakukan serta tidak mendengar hasutan-hasutan dai pihak yang tidak bertanggungjawab dengan kerajaan yang sedia ada, sebagai contoh negara-negara timur tengah yang telah hancur dengan propaganda dan khabar angin yang dilakukan oleh pihak-pihak yang sentiasa cuba mengambil peluang.

Diakhir ucapannya beliau mengucapkan ribuan terimakasih diatas sambutan yang telah di berikan dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Salam dari Bumi Balung..

Semuanya ada di balung ada di balung..