26 Feb 2018

Semangat mu sentiasa bersama kami...




Ketiadaannya dicari. Perjuangannya didoakan rakyat. Jasa baktinya dikenang ramai. Beliau dirindui rakyatnya. Malah bait kata-katanya juga dinanti. Kehadirannya ditunggu.
Banyak mata memerhatikan dirinya. Begitu juga yang selalu bertanya khabarnya. Hari ini beliau sedang menanggung kesakitan. Namun beliau gagahi jua dirinya untuk bersua rakyat.
Ada kawan yang menangis saat melihat dan mendengarnya berucap. Kawan juga kata rata-rata yang hadir tadi tidak dapat menahan sebak. Dialah pemimpin yang dihormati dan dikasihi rakyatnya. Wajarlah beliau menjadi teladan kepada pemimpin dan bakal pemimpin.

Allah panjangkan usia YB Datuk Tawfiq DSP Hj AB Titingan..

sumber..

8 Feb 2018

UMNO Zon 6 sudah sedia hadapi PRU 14

Sebentar tadi satu pertemuan telah di adakan di antara pemimpin-pemimpin tertinggi oleh UMNO Zon 6 iaitu  UMNO P188 Silam, UMNO P189 Semporna, UMNO P190 Tawau dan UMNO P191 Kalabakan. Ianya telah di adakan di bilik masyuarat Umno Bahagian Kalabakan. Pada perjumpaan kali ini ianya sangat istimewa kerana di hadiri oleh  Naib Presiden Umno Malaysia merangkap  Menteri Pertahanan Malaysia iaitu Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien. Turut hadir pada perjumpaan berkenaan ialah Ketua-Ketua bahagian dan semua pemimpin tertinggi Zon termasuk Ketua Sayap serta AJK - AJK Bahagian dari setiap bahagian UMNO.

Perjumpaan kali ini banyak membincangkan akan hala tuju parti
serta persiapan bagi menghadapi PRU ke 14 yang pada bila-bila masa akan tiba dan ianya juga sudah pasti memberikan semangat serta dorongan kepada setiap pemimpin yang ada serta ahli-ahli parti.
Jika di lihat dari mood serta semangat  daripada pemimpin yang ada dan para penyokong Umno dan Barisan nasional, menunjukkan Barisan Nasional akan  menguasai semula Zon 6 seperti pencapaian PRU ke 13 yang lalu di mana semua kerusi telah di menangi kecuali DUN Sri Tanjung yang di kuasai oleh DAP.

Semuanya ada di Balung ada di Balung...





Penyebaran Fitnah Untuk Menjejaskan Kredibiliti - Nizam





TAWAU; 07 FEBRUARI 2018 (Rabu) – Naib Ketua Umno Bahagian Tawau Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak menerbitkan poster beliau sebagai calon Barisan Nasional (BN).
Beliau yang menafikan perkara itu menyifatkan ianya satu tindakan berniat jahat dan cuba memburuk burukkan karier beliau dalam dunia politik.

“Kita hanya menjalankan tugas dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU)”, katanya dalam satu sidang media.
Menurutnya, pemilihan calon calon BN masih belum diketahui dan ianya terserah kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya.
Bagaimanapun, sebagai pemimpin BN di bahagian Tawau pihaknya akur dengan segala keputusan oleh pucuk pimpinan.

“Jadi kita melihat tindakan ini (poster PRU) adalah berniat jahat dan cuba memburuk burukkan imej saya”, katanya.
Sehubungan itu, Datuk Nizam yang juga Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah berharap masyarakat tidak terlalu percaya khabar angin yang sering diterbitkan di media sosial.

: sumber..