14 Sept 2020

Akhirnya Najib Sarifuddin dapat bertemu Datuk Sri Najib Tun Razak- Malu apa Bossku

 

Setelah menunggu hampir beberapa tahun, akhirnya pertemuan dengan idolanya dapat di realisasikan dalam suasana yang begitu meriah dan penuh dengan emosi di satu majlis  di Kg Andrassy Balung Tawau yang telah di adakan baru-baru ini.

Semuanya tak di rancang dan  tak di duga untuk dapat berjumpa tetapi dengan izin allah dan keinginan adik Najib yang yang sangat tinggi akhirnya  allah telah memakbulkan keinginan nya.

Beberapa tahun yang lalu iaitu dalam tahun 2015, Datuk Sri Najib Tun Razak ada membuat lawatan di Balung dan ianya  betul-betul berhampiran dengan rumah adik Najib untuk merasmikan pakej lebuhraya PAN Borneo. Pada masa berkenaan saya ada bercerita  dengan seorang kawan yang merupakan seorang penulis dan dia ada menulis di dalam sebuah blog tentang keinginan tinggi Adik Najib untuk bertemu pada ketika itu,http://www.al-azharrisiddiq.com/2015/04/kembar-obama-di-malaysia-sokong-najib.html.

Pada masa berkenaan saya ada membawa adik Najib ke majlis berkenaan dengan tujuan untuk mempertemukan Adik Najib dengan Datuk Sri Najib yang pada masa berkenaan adalah Perdana Menteri Malaysia. Oleh kerana hampir puluhan ribu masyarakat yang hadir dan protokol yang sangat ketat  pertemuan itu tidak dapat di adakan dan adik Najib yang pada ketika itu berumur 8 tahun pulang dengan kecewa nya.

Kini adik Najib  sudah berumur 12 tahun dan tahun hadapan akan bersekolah di peringkat menengah. Najib nama di beri kerana minat dan kekaguman saya pada DSNA yang pada ketika itu ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Harapan

saya dengan nama yang di beri pada adik Najib akan memberikan tuah dan kehebatan kepada anak saya kelak. Walaupun dengan suasana politik dan keadaan semasa DSNR ianya tidak melunturkan semangat saya untuk sentiasa mengagumi dan sentiasa meminati personaliti dan keterampilan DSNA yang begitu tenang dalam menghadapi apa juga situasi yang  di hadapi nya, pada saya DSNA Razak alah pemimpin yang terbaik yang pernah ada di Malaysia, sentiasa mengutakan rakyat dan menjaga kebajikan rakyat.

Alhamdulillah, dengan pertemuan yang singkat ini mudah-mudahan menjadi pencetus semangat kepada adik Najib Sarifuddin untuk belajar bersungguh-sungguh,menjadi seorang yang terpelajar dan menjadi seorang yang pada saya sangat hebat. Doaku dan doa kami sekeluarga agar DSNR di permudahkan segala urusan dan sentiasa dalam lindungan allah.

"Walaupun DS  Najib Tun Razak agak mustahil untuk kami temui dan kenali, dalam masa yang sama saya telah  menjadikan anak saya sebagai Najib Sarifuddin dan insyaallah  dengan izin allah saya akan jadikan dia orang hebat sehebat Datuk Sri Najib Tun Razak dan insyaallah saya akan sentiasa mempertahankan maruah DSNRseperti saya mempertahankan maruah anak saya iaitu Najib BIn Sarifuddin"


Salam dari Bumi Balung...