30 Aug 2022

Merdeka dan CENTRAL LABORATORY BSSB TAWAU

 


Merdeka! Merdeka! Merdeka. Itu suara keramat dilaungkan setiap kali kita menyambut Bulan Kebangsaan ini. Laungan itu daripada jiwa merdeka.

Zaman dulu, tatkala nenek moyang kita melafazkan perkataan ini, mereka mempunyai rasa sangat mendalam kerana terharu, bangga dan bersyukur terhadap kejayaan melepaskan diri daripada cengkaman penjajah.


Kini kita sebagai generasi milenium, apakah kita bangga tatkala perkataan merdeka ini disebut atau dilafazkan? Apakah kita terharu atau paling tidak, berasa bersyukur.

Tahun ini genap 65 tahun negara mencapai kemerdekaan. Banyak teladan dan pengajaran ditinggalkan orang terdahulu untuk panduan generasi kini. Merdeka daripada penjajahan menjadi leksikon yang kita meraikannya dengan sambutan Hari Kebangsaan.


"Engkau merdeka dan bebas mengembangkan sayap, menurutkan kemahuan hati, untuk membuktikan bahawa engkau berhak, Engkau boleh mengeluarkan apa yang terasa di hatimu, asal engkau hormati pula kemerdekaan orang lain dan engkau bayarkan kewajipan yang diminta oleh masyarakat kepada engkau," tulisnya.

Jelas kemerdekaan sebenar bukan sahaja bebas penjajahan fizikal dan mental, tetapi juga membebaskan jiwa dan minda daripada dogma sesat menerusi ajaran agama. Akal juga perlu rasional menilai buruk baik sesuatu tindakan untuk imej negara tercemar.

Ini perlu supaya kita mampu menghayati makna


kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama' ialah tema diangkat pada sambutan kemerdekaan tahun ini berikutan membawa pengertian kepada seluruh rakyat Malaysia untuk berganding bahu dan berkerja sama dalam satu  "Keluarga Malaysia"


20 Jan 2022

Sumbangan Peralatan Sukan oleh Sawit Kinabalu kepada UiTM Cawangan Sabah Kampus Tawau

 


TAWAU, 12 JANUARI 2022 (RABU) : Syarikat Kumpulan Sawit Kinabalu telah berbesar hati menyumbangkan peralatan sukan kepada UiTM Cawangan Sabah Kampus Tawau di pejabat Ladang Sungai Balung, Tawau. Penyerahan sumbangan itu disempurnakan oleh Tuan Abdul Halim Alimuddin, Ketua Perladangan dan Perniagaan 1, Sawit Kinabalu Sdn. Bhd. kepada Koordinator Kampus, Tuan Haji Muliyadi Haji Guliling yang mewakili UiTM Cawangan Sabah Kampus Tawau.

Dalam majlis tersebut, sumbangan peralatan pembesar suara untuk kegunaan surau juga telah disampaikan oleh Tuan Zarkarni Samsul, Pengurus Besar Wilayah Tawau, Borneo Samudera Sdn. Bhd.

Sesungguhnya, sumbangan tersebut adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial kepada pemegang taruh syarikat Kumpulan Sawit Kinabalu. Dengan adanya kemudahan peralatan sukan itu, pihak pengurusan UiTM Cawangan Sabah Kampus Tawau akan dapat mengadakan aktiviti-aktiviti untuk semua warga UiTM aktif bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Majlis itu turut disaksikan oleh Tuan Azeman Rasley, Pengurus Kanan, Ladang Sungai Balung dan Encik Asmad Mohd Noor, Pegawai Eksekutif Kanan, UiTM Cawangan Sabah Kampus Tawau.

Sumber :disini