4 Jul 2015

Segalanya di kurangkan demi meneruskan hidup!!!


Puasa  sudah masuk hari yang ke 18 dalam bulan ramadan yang mulia ini. Umat islam menunaikan ibadah ini dengan penuk kyusuk dan sabar dengan apa juga dugaan yang mendatang. Yang tua, yang muda dan golongan kanak-kanak tidak melepaskan peluang menunaikan  rukun islam yang ke tiga ini.

Di bulan puasa begini perbelanjjan isi rumah meningkat dengan mendadaknya, mana tidak nya kalau dulu juadah makan malam hanya di sediakan seadanya tapi dalam bulan ramadan yang mulia ini nafsu agak sedikit meningkat dan keinginan untuk berbuka dengan makanan sedap dan makanan kegemaran agak tinggi.

Di depan rumah, di pinggir rumah dan dimana-mana saja tersedia gerai-gerai yang menjual perbagai juadah berbuka. Dengan harga yang agak berpatutan dan makanan yang di jual beranika bentuk dan rasa membuatkan mata yang memandang untuk membeli kerana bau dan hiasan yang begitu menarik.

Dalam keadaan sekarang dengan harga barangan keperluan seharian yang meningkat dengan mendadaknya membuatkan golongan bawahan agak tertekan. Ini menyebabkankan kuasa beli berkurangan. Kalau dahulu RM 300 boleh digunakan untuk perbelanjaan selama sebulan tapi kini ianya sudah mencecah hampir RM 800 sebulan. Itu pun tidak mencukupi tapi terpaksalah mengurangkan segala yang kurang perlu untuk keluarga.

Di pihak ketua keluarga ianya mungkin bukan masalah untuk mengurangkan perbelanjaan tapi di pihak anak-anak yang belum mengerti akan erti kehidupan merupakan satu tekanan yang mungkin mereka tidak dapat terima. Kalau dahulu mereka boleh mekan dan minta saja apa yang diperlukan dan ingin di nikmati tapi kini ramai ibu bapa yang terpaksa menyekat dan memotong perbelanjaan anak mereka termasuk keperluan barang sekolah.

Dalam  musim perayaan begini  sudah sememangnya perbelanjaan akan meningkat . Mana tidak nya segalanya mau yang baru dan segalanya mau yang sedap dan berkhasiat. Teringat saya di zaman kanak-kanak, segala keperluan dan semua baju raya kami boleh di dapati dengan mudah. Semuanya di tempah dengan "tuan-tuan " ataupun lebih top di kalangan kami orang estate dengan panggilan " "Halaka". Kami akan di belikan  sepasang seorang dan paling best nya tiada bayaran tunai dan semuanya masuk buku. He..he.he.he. BAju yang dua psang tu lah yang di gunakan berhari-raya dengan kawan-kawan. Malam kami akan basuh pakaian tersebut dan jemurnya di balik lampu "strongkeng". Keesokan harinya tak payah seterika , terus pakai dan pergi lagi berhari raya. Ha..ha...h..a.a. Walaupun dalam keadaan yang sangat sederhana tetapi kami gembira menggunakan nya dan ibu bapa kami pungembira  membayarnya kerana mereka tidak begitu terbeban hutang-hutang yang ada dengan "tuan-tuan".

Dan kini segalanya sudah berubah, kalau dulu tambang bas dari tempat kami ke bandar  hanyalah RM 3 sahaja kini sudah RM 7 ringgit kenaikkan hampir 133 %,  kalau dulu harga pakaian tuan-tuan hanyalah sekitar RM 10 tapi kini serendah RM 30, kenaikkan hampir 200 % dan banyak lagi semua nya naik dengan mendadak nya seumpama air sungai Balung yang sentiasa mengalir dengan derasnya tanpa sesiapa boleh menyekatnya.

Di hati ku terdetik dan terasa agak curiga , apakah kawan-kawan yang setaraf dengan ku akan dapat meneruskan kehidupan dalam keadaan gembira dan tenang,  adakah keadaan ini akan terus memberikan beban kepada golongan tidak berkemampuan dan  menyebabkan golongan bawahan akan terus ketinggalan!. Apa pun hidup ini terpaksa di teruskan dalam keadaan seadanya, anak-anak terpaksa di "gembirakan" walaupun dalam hati ibu bapa penuh dengan kerisauan, apa pun juadah dan persiapan menyambut hari raya terpaksa di siapkan  sehingga ada yang terpaksa jumpa pak "along"...

Salam ramadan, selamat hari raya  yang bakal menjelang tiba dan salam dari Bumi Balung..