9 Jul 2015

Buras dan Nasu Likkuk hidangan wajib di pagi syawal

Tinggal beberapa hari lagi bulan syawal bakal menjelma dan ini menandakan Aidil fitri akan di sambut oleh segenap lapisan masyarakat islam di Malaysia dan di seluruh dunia. Seperti perayaan lain yang ada di Malaysia, Aidil Fitri di rayakan dengan meriahnya oleh rakyat Malaysia yang beragama islam.  Di waktu begini persiapan rapi untuk menyambut hari raya ialah seperti pakaian, kueh mueh dan lain-lain lagi.

Bagi masyarakat Tawau khasnya yang  berketurunan Bugis hari raya  tidak lah meriah jika makanan wajib tidak di sediakan. Antara makanan yang paling popular dan makanan yang wajib di hidangkan pada pagi raya ialah "Buras dan nasu likku".  Buras ialah sejenis nasi yang di buat daripada beras dan santan dan di masak beberapa jam  sehingga ianya benar-banar masak. Pada waktu dahulu ianya di masak menggunakan kayu api di dalam tin-tin minyak terpakai. Di fahamkan dengan memasak menggunakan kayu api bau dari asap tersebut akan menambakan aroma dan bau pada makanan tersebut.  Sebelum dimasak beras akan dimasukkan kedalam daun pisang, kemudian ianga diikat diantara  tiga dan lima keping ianya bertuajuan memudahkan ketika memasak dan menyediakan nya.




Nasu Likkuk ataupun  ayam masak likkuk ialan makanan yang sangat sesuai di makan bersama-sama dengan buras. Jika salah satunya tiada bermakna tidak sah dan tidak lengkaplah akan pengambilan makan tersebut. Ianya di buat dari pada lengkuas ataupun dalam bahasa bugisnya "likkuk". Ayam ialah paling utama dalam resepi ini kerana lain-lain dari ayam tidak sesuai dimasak likkuk  seperti daging dan sebagainya. Dengan menggunakan resepi-resepi turun temurun ataupun tradisional ianya di masak denga penuh kesenian agar ianya dapat masak dengan sempurna dan di makan dengan penuh berselera dan kenikmatan.




Selalunya makanan ini hanya boleh di makan pada satu syawal selepas sembahyang hari raya dan selepas acara kenduri ataupun lebih popular dikalangan orang Bugis iaitu " Mabbaca doang".. Ini di katakan akan medatangkan rezeki yang lebih, kegembiraan dan keharmonian dalam keluarga.

Sesungguhnya inilah warisan yang masih diamalkan dan sentiasa diamalkan oleh orang-orang bugis khasnya di daerah Tawau dan yang menakjubkan ianya juga telah menjadi kegemaran oleh suku-suku kaum lain, maklum sajalah atas dasar persaudaraan dan atas semangat satu Malaysia ianya telah dapat merapatkan dan mengeratkan silaturrahim di antara sesama insan yang ada di dunia ini.

Salam dari Bumi Balung..