Syawal di sambut dengan penuh kegembiraan oleh semua umat islam diserata dunia. Ini adalah tanda kemenangan umat islam dalam melawan nafsu. Ia nya juga sebagai menunaikan tuntutan islam menunaikan rukun islam yang ke tiga.
Dalam suasana kegawatan ekonomi yang sedang melanda, dengan kanaikan harga minyak di pasaran tempatan dan dengan perlaksanaan GST yang begitu membebankan kepada golongan masyarakat raya tahun ini di sambut dengan penuh gembira dari segi zahirnya tapi siapa yang tahu apa yang tersirat di dalam setiap hati rakyat yang tebeban dengan segala kenaikan yang berlaku sekarang.
Tahun lalu harga daging lembu segar hanya dalam sekitar RM 18 sekilo tapi tahun ini sudah meningkat ke RM 21 sekilogram. Tahun lalu harga mercun Tiger yang di seludup hanya sekitar RM 3 sepeket tapi kini sudah meningkat ke RM 5. Dengan penguatkuasaan Esscom segalanya sudah bertambah mahal termasuk mercun dan rokok seludup di pasaran tempatan. Ada kah ini yang di namakan kemenangan kepada pihak pengguna atau pun di pihak kerajaan? Kekalahan di pihak pengguna pula ialah mereka terpaksa membayar harga yang tinggi selepas adanya pihak Esscom dan di pihak kerajaan pula ketirisan tetap berlaku walaupun dengan adanya penguatkuasaan yang lebih rapi?
Sebelum perlaksanaan GST harga minuman untuk hidangan tetamu hanya lah sekitar RM 27 bagi setiap 12 botol 1.6 liter tapi kini selepasa perlaksanaan GST harganya telah meningkat ke RM 35 bagi 12 botol. Apa ini menunjukkan peningkatan 6 % dari segi harga. Sudah semesti nya tidak, jadi siapa yang harus di persalahkan sedangkan orang susah terpaksa menanggung segala kenaikkan.
Bagi yang berkemampuan semua itu bukan lah masalah bagi menyambut lebaran yang mulia ini, ianya juga bukan alasan untuk berbelanja, mengadakan open House mega dan bersedekah dengan para tetamu yang hadir?
Tapi apakah nasib dengan mereka yang kurang mampu dan tidak mampu, dengan pendapatan yang sangat minima mereka terpaksa menyerap segala kenaikan kos dengan hati yang sangat "marah" dan dengan hati yang penuh dendam.!!. Ada yang hanya di berikan sekampit Beras Nasional 10 kg untuk meringankan beban! ada yang di beri bantuan kewangan untuk menampung sedikit keperluan harian di musim raya dan ada yang hanya di " kasih nampak" sahaja kerana segala pemberian ataupun bantuan hanya di berikan kepada kroni!
Apapun rakyat begitu terbeban dengan segala peningkatan kos di masa kini. Rakyat bawahan begitu dahagakan bantuan dari pihak yang berwajib, dan yang paling mengharukan tinggal 5 tahun lagi negara bakal menuju kewawasan 2020 yang di fahamkan bakal jadi negara maju!. Tapi adakah sesebuah kampung di panggil maju jika kemudahan yang paling asas seperti air bersih pun masih tiada, adakah ianya di panggil maju sedangkan rakyatnya masih susah mendapatkan pekerjaan dan masih mengharapkan subsidi dari kerajaan?
Salam lebaran dari ku di Bumi Balung..