Walaupun terletak hampir 55 kilometer dari pusat Bandar Tawau ianya bukanlah halangan bagi Menteri Belia Dan Sukan Sabah Merangkap ADUN N 56 Apas Datuk Tawfiq DSP Hj Abu Bakar Titingan dan Ahli Parlimen P190 Tawau merangkap Timbalan Menteri Pendidikan 1 Datuk Mary Yap untuk meluangkan masa bersama-sama penduduk Kampung Inderasabah Tawau untuk merayakan dan memeriahkan acara sambutan Hari Raya yang di adakan oleh penduduk Kampung tersebut.
Dengan kemudahan jalanraya yang bertar sepenuhnya dan akan menjadi dua lorong tidak lama lagi ianya sesuatu yang sangat mudah untuk mengunjungi Kg Inderasabah. Kalau dahulu ianya mengambil masa 2 jam perjalanan untuk sampai tetapi kini ianya dapat di pendekkan kepada 1 jam sahaja. Di huni oleh pelbagai etnik seperti Tidung, Suluk, Bugis dan sebagai nya ianya menjanjikan keseronokan bila berkunjung ke kampung ini. Pekerjaan utama ataupun mata pencarian penduduk Kampung ini banyak bergantung kepada hasil-hasil lautan. Tidak syak lagi majlis hari raya pada malam tersebut di sajikan dengan makanan laut yang segar untuk para tetamu yang hadir.
Acara pada malam tersebut di selitkan dengan pelbagai acara seperti pertandingan karaoke dan acara kebudayaan seperti tarian dan persembahan "kecapi" oleh masyarakat bugis yang tinggal di kampung Inderasabah.
Apapun acara pada malam ini cukup meriah dan mendapat sambutan sepenuhnya dari penduduk Kampung. Menurut seorang AJK penganjur mereka telah menyediakan hampir 400 buah kerusi dan ianya tidak dapat menampung kehadiran dan kebanjiran penduduk yang datang untuk tidak melepaskan peluang bersalaman dan bersemuka dengan pemimpin yang memang sentiasa datang dan meramaikan majlis yang di adakan.
Rakyat memang mengharapkan agar wakil rakyat yang dipilih untuk sentiasa datang dan sentiasa sudi untuk menjenguk rakyat walaupun tinggal jauh dari pusat bandar. Dengan adanya perjumpaan sebegini ianya dapat mengeratkan silaturrahin sesama penduduk dan sesama pemimpin dalam menuju wawasan 2020 yang bakal menjelang tidak lama lagi. Pemimpin juga akan dapat menyelami denyut nadi rakyat dan keperluan mereka dan sudah pasti dapat menyelesaikan permasalahan yang penduduk kampung alami.
Semoga kerjasama yang erat sentiasa di utamakan diantara pemimpin dan penduduk kampung dalam memajukan kampung walaupun ianya jauh di pendalaman.
Salam lebaran dari Bumi Balung....