19 Aug 2015

KERAJAAN YANG ADA SENTIASA MENGUTAMAKAN RAKYAT.

      Sudah lebih dua tahun PRU 13  berlalu yang meninggalkan berbagai peristiwa pahit dan manis suka dan duka bagi segenap lapisan masyarakat yang ada di Malaysia. Bagi yang menang sudah semestinya akan berasa gembira dengan amanah ataupun mandate yang rakyat telah berikan. Bagi yang tewas pula  perasaan sedih dan dendam sememangnya timbul di hati mereka apalagi calon yang hilang wang pertaruhan.

      Parti yang dianggap dan di kira menang ialah Parti atau gabungan yang memenangi  mejoriti sekurang-kurangnya satu kerusi parlimen pun akan dianggap menang dan boleh membentuk kerajaan. Pada PRU 13 yang baru lalu parti pemerintah iaitu Barisan Nasional telah kembali memerintah walaupun dengan mejoriti yang di anggap mudah.

      Seperti keputusan PRU yang sebelumnya apabila sesebuah Parti diistiharkan memang dan membentuk kerajaan ianya terus di terima dengan sebulat suara dari semua rakyat Malaysia tak kira pembangkang dan dari segenap lapisan rakyat Malaysia. Rakyat akan menumpukan sepenuh perhatian kepada ekonomi dan pekerjaan masing-masing. Maklum sajalah di Malaysia sekiranya anda kuat berusaha untuk memajukan diri, anda akan mencapai apa yang diinginkan . Sebagai contoh Malaysia menjadi lubuk emas warga asing dari Asia untuk mencari rezeki dan  mengukuhkan ekonomi dan seterusnya memberikan penghidupan yang sempurna kepada keluarga yang sedang menunggu dengan sabar di Negara masing-masing.

      Kini keadaan sudah berubah, semenjak keputusan PRU 13 yang telah lebih dua tahun berlalu kebanyakkan rakyat Negara ini masih lagi membicarakan akan hal yang berkaitan politik, rakyat masih lagi mencatur dan menganalisa keputusan PRU 13, sedangkan mejoriti rakyat telah memberikan kepercayaan dan undi kepada Parti yang memerintah.

      Rakyat diajak untuk membuat protes di jalanan, rakyat diajak untuk berpolitik dan tidak sempat memikirkan dan mengukuhkan ekonomi masing-masing. Tengok saja yang mengajak untuk berdemonstrasi adalah mereka yang telah tinggi pendidikan nya, mereka yang menjadi ketua demonstrasi adalah mereka yang telah kukuh ekonominya!

      Yang d ajak berdemonstrasi pula ada yang tak  punyai pekerjaan, yang di ajak untuk membenci kerajaan adalah dari kalangan orang-orang melayu ? Adakah ini situasi yang sihat untuk orang melayu? Adakah ini sesuatu yang dianggap merdeka? Walhal bangsa asing sibik mengurus ekonami dan pendidikan keluarga masing-masing kerana  mereka tahu dan faham semua itu adalah penentu masa depan mereka.

      Pada saya, saya akan menilai dengan apa yang telah terbukti dan terbentang di depan mata. Kerajaan yang ada kini telah memberikan peluang sepenuhnya kepada rakyatnya untuk mencari rezeki sebanyakkan yang mungkin. Kerajaan yang ada kini telah memberikan peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk belajar setinggi yang mugkin  dengan cara percuma.  Sebagai contoh kerajaan akan memberikan ataupun melupuskan pinjaman PTPTN jika mendapat keputusan 3.8 dan keatas.

      Jadi tumpukan lah kepada ekonomi diri dan keluarga masing-masing, tumpukanlah kepada pelajaran dan kemajuan diri masing-masing, semuanya sudah  disediakan oleh kerajaan yang ada kini, jadi nilaikan lah apa yang telah kerajaan berikan dan yang kerajaan telah janjikan dan sesungguhnya yang memberi itu adalah lebih mulia dari mereka-mereka yang berjanji tapi tak ditunaikan.

Selam dari Bumi Balung................