6 Sept 2015

Lafaz Baiah, Taklik Terpakai Apabila Keluar Parti

hatt
MO,KOTA BHARU.2/9/2015 – PAS Kelantan mengesahkan lafaz taklik yang dibuat Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli kini terpakai, sekali gus menganggap hubungan beliau dengan isterinya terbatal.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob, berkata ia berdasarkan pandangan Hakim Ketua Mahkamah Syariah Kelantan.
Katanya, sudah jelas dalam lafaz baiah dan taklik sebelum ini mengatakan mana-mana pemimpin PAS Kelantan yang keluar parti dan menyertai parti lain, lafaz berkenaan akan terpakai secara automatik. “Justeru, Dr Hatta dan pasangannya perlu merujuk perkara itu kepada mahkamah syariah kerana berdasarkan taklik yang dibuat, lafaz itu sudah terpakai,” katanya pada sidang media di sini. Dr Hatta adalah antara pemimpin PAS yang menyertai Parti Amanah Negara (PAN) yang dipengerusikan Mohamad Sabu.
BH