17 Oct 2015

Forum TPPA : Fakta, Isu dan Impak

DSC_0233
MO, Kelana Jaya, 16/10/2015 –  Satu forum penerangan khas berkenaan TPPA telah diadakan di Kelana Jaya Centre Point anjuran oleh Akademi Kepimpinan Kapten Hussein pada malam ini.
Penerangan khas itu disampaikan oleh Dato’ Seri Mustapa Mohamad , Menteri PerdaganganAntarabangsa  Dan Industri dan juga turut dihadiri oleh YB Khairy Jamaludin.
Forum yang bertajuk “ Fakta, Isu dan Impak “ dihadiri lebih dua ratus orang peserta dan bermula jam 8.30 malam dan diakhiri dengan sesi soal jawab bersama peserta.
IMG-20151016-WA0060
“ Trend sekarang ialah membuka pasaran. Contohnya China kini maju kerana telah membuka ekonomi kepada pelaburan.”
“ Benar semua dasar atau tindakan yang dibuat akan ada keuntungan dan kekurangan, bagi TPPA kita buat cost-benefit analysis.”, kata Dato’ Seri Mustapa.
IMG-20151016-WA0053
“ Kita telah dapatkan sesi-sesi input sejak 2010. Majlis penerangan sejak 2013 sudah 116 sesi, termasuk beberapa kali sesi dengan MP pembangkang.”
“Parlimen akan bahas dan putuskan dalam masa 3 bulan.”, ujar beliau.
Menurut beliau TPPA memberi faedah antaranya mengiktiraf dasar bumiputera, menaikkan taraf pendapatan dan Malaysia turut akan menjadi negara mesra pelabur.
Selain itu ia dapat menjaga alam sekitar dengan menguatkuasakan undang-undang sedia ada. TPPA juga mengiktiraf sijil halal Malaysia.
Jika tidak bersama TPPA pelabur asing mungkin tidak berminat untuk melabur di Malaysia termasuk pelabur dari Malaysia sendiri dan ini menyebabkan syarikat Malaysia  berasa bosan dengan suasana perniagaan dalam negara.
Namun, antara yang menjadi isu ialah syarikat swasta mempunyai hak untuk menyaman pihak kerajaan.-MO