2 Dec 2015

Pertahan Kedaulatan Sabah… Lawak Apa Yang Cuba Nurul Izzah Buat?

TEMERLOH, 1 Dis – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sepatutnya tahu membezakan antara musuh politik dan musuh negara dan jangan hanya kerana terlalu taksub untuk merampas kuasa, keselamatan negara sanggup digadaikan.
Ujarnya, kenyataan Nurul Izzah yang kononnya mahu mempertahankan kedaulatan Sabah di sebalik tohmahan pengkhianat kerana tindakan bertemu Jacel H Kiram hanyalah satu alasan yang memang tidak dapat diterima.
“Apapun yang dia cakap ‘the damage is done’. Apa yang dia nak pertahankan…
“Bagi saya Nurul Izzah ni antarPuteri Sulua dua, samada dia naif yang tak tahu nak bezakan pengganas dan sahabat yang hanya melihat dalam ‘small picture’ atau dia memang merancang…. jadi terpulang kepada rakyat untuk menilai.
“Cuba bayangkan berapa banyak nyawa terancam, berapa banyak keluarga yang menderita… Ini soal kedaulatan negara yang cuba diganggu gugat. Jadi kenapa jumpa orang itu. Berani buat berani la tanggung,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Sharkar, Naib Presiden PKR itu seharusnya faham dan tahu membezakan antara musuh politik dan musuh negara.
“UMNO atau Pas musuh politik, takpe… masih satu negara. Hanya berlainan fahaman politik. Tapi ini soal mereka mahu tawan negara. Bunuh orang.. pengganas.
“Soal kedaulatan negara tidak boleh berkompromi tidak kira siapa. Perkara ini tidak boleh dibuat main-main,” tegasnya.
Maka jelasnya biarlah rakyat yang menilai dan beliau amat berharap agar rakyat sedar dan tahu siapa sebenarnya yang mempertahan dan membela keselamatan rakyat dan negara ini.
“Membela bukan sekadar membela buat jalan… tidak.. ini soal kedaulatan… soal yang lebih besar lagi.
“Bila sudah dikecam baru nak cakap mahu mempertahankan kedaulatan Sabah… lawak jenaka apa yang cuba dimainkan oleh pembangkang ini. Adakah mereka ingat rakyat terlalu mudah untuk ditipu,” katanya lagi.
Baru-baru ini tersebar gambar Nurul Izzah berjumpa dengan pihak yang mempunyai kaitan dengan pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu pada 2013. Tindakannya itu benar-benar mengundang kemarahan rakyat Malaysia khususnya rakyat Sabah.-MediaUMNO