Kemalangan telah berlaku lagi di Jalan Balung yang sedang dalam pembinaan. Ianya telah melibatkan kematian dan kecederaan parah.
Umum mengetahui bahawa Jalan Balung sedang dalam pembinaan. Kawasan yang terlibat dengan pembinaan tersebut ialah dari simpang lapangan terbang Tawau sehingga ke Simpang Sungai Burung.
Ianya adalah satu kebanggaan kepada penduduk Balung dan Tawau maklum saja jika siapnya jalan ini nanti ianya dapat menjimatkan masa perjalanan dari Balung ke Tawau. Di samping itu juga ekonomi penduduk setempat dapat di tingkatkan dengan kemudahan jalanraya yang sangat baik.
Baru-baru ini telah terjadi satu lagi kemalangan berlaku di jalan yang sedang dalam pembinaan, ianya juga melibatkan kemalangan jiwa kepada pengguna jalan tersebut. Sepanjang pengetahuan saya ini kejadian ini ialah kejadian yang kedua melibatkan kematian berlaku.
Memang tidak dapat di nafikan keadaan jalan masih tidak sempurna untuk di gunakan oleh orang awam, papan-papan tanda amaran ada di pasang tapi masih kurang dan tidak dapat di lihat untuk mereka-mereka yang baru melalui jalan ini. Tiap-tiap hari ada saja lencongan baru di buat jadi adalah di harapkan pengguna jalan sentiasa berhati-hati semasa melalui jalan ini.
Musim persekolahan baru bermula. Ini juga akan menyumbang kepada kesesakkan di waktu puncak dan risiko berlaku kemalangan mungkin saja akan meningkat. jalan di simpang taman Sawit akan sesak pada hari Khamis dan Sabtu kerana terdapatnya pasar tamu yang memang sudah sinonim dengan penduduk yang ada di sekitar balung.
Adalah diharap kan pengguna sentiasa berhati-hati semasa menggunakan atau berada di Jalan Balung yang sedang dalam pembinaan ini kerana ianya masih belum siap dan segala papan-papan tanda hendaklah sentiasa di patuhi, kepada pihak pemaju di harapkan agar meningkatkan tahap keselamatan seperti pemasangan papan-papan tanda yang jelas dan muda di baca oleh pengguna jalan raya.
Semua ini adalah untuk mengelakkan kemalangan berulang kembali kerana ia nya merugikan semua pihak dan di harap dengan kerjasama di antara pengguna dan pemaju projek kemalangan jiwa akan dapat di elakkan.
Sememangnya pengguna mengalami sedikit kesulitan semasa melalui jalan ini tetapi ianya hanya bersifat sementara dan jika ianya siap kelak ianya akan memberikan keselesaan kepada kita pengguna-pengguna jalan raya.
Berhati-hatilah semasa memandu...
"Semuanya ada di Balung ada di Balung"