2 Feb 2016

Sokongan Penyokong pembakar Semangat Pemain "Sabah Rhinos"

Pesta bolasepak  telah pun berlalu pergi dan ianya meninggalkan  kesan yang agak mendalam kepada peminat-peminat tegar sukan bola sepak yang berada di daerah Tawau. Bertempat di Komplex sukan Tawau telah diadakan perlawanan persahabatan di antara tiga pasukan utama iaitu Sabah, Brunei dan Felda United.

Selama tiga hari berturut-turut peminat-peminat bola sepak di Tawau tidak jemu-jemu untuk menjejakkan kaki ke stadium bagi menyaksikan perlawanan yang di kira bertaraf nasional dan ianya jarang-jarang di hidangkan di bumi Tawau.

Rata-rata peminat yang hadir adalah semata-mata ingin melihat sendiri barisan pemain yang sebelum ini hanya dapat dilihat melalui kaca televisyen sahaja dan kini ianya terhidang di depan mata. Ramai yang hadir juga ingin melihat sendiri barisan pemain "Sabah Rhinos" yang kebanyakkan nya di barisi oleh pemain atau barisan yang baharu. Sudah semestinya juga harapan yang sangat tinggi di harapkan oleh peminat dari pemain Sabah untuk menghidangkan satu permainan yang bermutu dan menghiburkan.

Setelah melihat dan memerhati permainan dan mutu Pasukan Sabah timbul sedikit persoalan yang bermain di benak dan pemikiran para penyokong-penyokong tegar  Sabah.



Keserasian diantara pemain masih belum berada di tahap yang baik mungkin saja ini adalah perlawanan persahabatan dan ianya masih mencari dan mengenali corak permainan diantara rakan di dalam pasukan.


Terdapat empat pemain Import  di khabarkan tetapi tiada yang dilihat sebagai "pemain import" kerana mutu permainan agak sama dengan pemain tempatan cuma peminat dapat bezakan hanya pada fizikal tubuh badan dan warna kulit sahaja. Hanya pemain pertahan import sahaja yang menampakkan sedikit kelainan  dan ianya menarik minat dan seringkali dipuji oleh penonton yang hadir pada setiap perlawanan.

Apapun ini adalah permulaan, di bawah pengurusan yang baru sudah pastinya penyokong mengharapkan satu sentuhan yang ajaib untuk menjadikan pasukan Sabah menjadi empat pasukan yang terbaik dalam liga  dengan menggunakan segala sumber dan pemain yang ada. Untuk mencapai matlamat tersebut sokongan padu diantara penyokong tegar Pasukan Sabah adalah sangat diharapkan dalam mencapai misi yang telah ditetapkan. Sesuai dengan slogan yang selalu di terapkan iaitu "Sabah Tatap" ianya pasti akan membakar semangat kepada pemain untuk bermain sebaik yang mungkin dalam mencapai matlamat yang telah di tetapkan dan sudah pasti pengurusan yang baik juga akan memastikan pasukan Sabah akan sentiasa memberikan keputusan yang terbaik dalam setiap perlawanan.

Kami sebagai penyokong tegar pasukan Sabah akan sentiasa memberikan sokongan yang tak berbelah bagi bagi memastikan Sabah akan sebaris dengan pasukan-pasukan terbaik dalam liga Malaysia.

Salam dari Bumi Balung....

"Semuanya ada di Balung ada di Balung"..