7 Feb 2016

Pantai Sabindo, Tumpuan Utama Aktiviti Riadah Untuk Warga Tawau

Bagi mereka yang tinggal di perbandaran Tawau, sudah semestinya tempat ini tidak asing bagi mereka yang menggemarkan aktiviti riadah di pinggiran pantai. Ianya terletak di antara jalan "Highway" bandar Sabindo menuju ke Pusat Komersial  Ba Zhong menjadi tumpuan
bagi warga perbandaran Tawau setiap kali ada masa yang terluang terutama sekali di musim cuti umum. Walaupun hanya seluas separuh padang bola sepak ianya tidak menghalang untuk dikunjungi kerana keadaan nya yang begitu menyegarkan minda dan
memberikan ketenangan apabila berada di kawasan tersebut. Dilengkapi dengan sedikit alat-alat permainan untuk kanak ianya menjanjikan keseronokan kepada pengunjung terutamanya kanak-kanak apabila berada di sana.


Menurut seorang pelajar yang berniaga layang-layang di kawasan tersebut, kawasan ini pasti penuh dengan pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk menikmati kesegaran udara dan menikmati keindahan pemandangan pantai yang ada di sini.. Katanya lagi, " sehari saya boleh untung lima puluh ringgit  jika pengunjung ramai bergantung juga kepada keadaan cuaca".

Menurut seorang pengunjung lagi yang berasal dari Lahad Datu, tempat ini menjadi tempat persinggahan wajib jika dia dan keluarga berkunjung ke Tawau untuk melepaskan penat  seketika sambil menikmati keadaan sekeliling yang begitu menyamankan.

Adalah di harapkan kawasan ini dapat dinaik taraf ataupun di perbesarkan lagi bagi menampung pengunjung yang kian ramai saban hari. Kemudahan asas seperti tandas dan sebagainya harus di sediakan bagi mengekalkan kawasan ini sentiasa bersih bagi menarik lebih ramai lagi pen gunjung. Dengan adanya kawasan untuk membuat aktiviti riadah sebegini setidak-tidaknya ianya menjadi tempat warga Tawau untuk merehatkan minda bersama keluarga dan ianya dapat mengurangkan  kos untuk pergi ketempat yang jauh seperti pantai Sahabat yang terletak ldi Bandar Sahabat Lahad Datu.

Selamat bercuti dan selamat "Kong Xi Fa Cai"

Salam dari Bumi Balung..

Semuanya ada di Balung ada di Balung"..