Satu lagi usaha yang sangat murni telah di lakukan oleh guru-guru dan barisan pentadbir sekolah SMK Balung dalam mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan untuk para pelajar sekolah berkenaan. Ia nya juga mendapat sokongan yang sepenuh nya dari pemimpin setempat iaitu Datuk Nizam Abu Bakar Titingan ketua setiausaha Ketua Menteri Sabah yang sememangnya orang balung sudah sedia maklum akan keperihatinan dan sifat ambil berat nya kepada setiap permasalahan dan aktiviti yang di jalankan terutamanya di daerah Balung.
Kali ini atas kerjasama bekas pelajar SMK Balung yang telah berjaya dalam bidang masing-masing, di bantu oleh Pensyarah-Pensyarah dari UMS ( Universiti Malaysia Sabah) satu seminar telah diadakan di sekolah ini iaitu " Selangkah Ke menara Gading " telah di adakan.
Sebelum ini ramai pelajar sering keliru dengan kursus yang mereka pilih untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. Seringkali pelajar tersalah pilih dan selalunya timbul persoalan kenapa pilih kursus yang lain tapi dapat yang lein dari yang dipilih sedangkan pelajar lansung tidak meminati kursus yang pihak universiti tawarkan.
Acara kali ini telah di rasmikan oleh Datuk Nizam Abu Bakar Titingan '
"Bukan Batang sembarang batang,
Batang kektes memang berduri,
Bukan datang sembarang datang,
UMS datang membawa seri.
" Selangkah kemenara gading adalah slogan yang di pilih untuk program ini. Ini bersesuaian dengan matlamat yang di bawa oleh pihak penganjur . Kadang-kadang kita mendapat keputusan yang cemerland dalam SPM dan STPM tapi kadang- kadang kita terlepas pandang. Kadang-kadang sewaktu memilih kursus pelajar tidah berpandukan dengan keputusan yang cemerlang yang mereka dapat semasa mendapat keputusan peperiksaan. Ini menyebabkan pelajar keliru dengan kursus yang di tawarkan dan tidak dapat apa yang di pohon. Terkadang juga pelajar tidak di terima kerana permohonan yang di buat tidak di terima kerana ianya tidak menepati dengan apa apa yang pihak universiti kehendaki. Dengan kehadiran Pensyarah,siswa-siswi UMS ke SMK Balung dapat memberi peluang kepada pelajar bertanya dan mendapatkan info yang tepat."
" Sikap kita sebagai seorang pelajar, sikap kita sebagai seorang mahasiswa kita jandan mensia-siakan kesempatan kepada kita untuk berjaya di dalam pendidikan yang kita ceburi, kita mesti seorang mahasiswa yang bertanggungjawab , apabila kita di IPT kita akan terdedah dengan perbagai cabaran tapi jadikan lah kita sebagai ejen perubahan yang positif , bukan apabila kita masuk universiti kita sudah mau tunjuk kita lebih pandai dari orang lain. Apabila kita ada sifat negetif sebegini ia bukan saja merosakkan kehidupan kita sebagai mahasiswa ,akan mengecewakan keluaga dan orang tua ianya juga akan merosakkan perpaduan dan kejayaan yang sudah di kecapi oelh negara kita. Jadilah mahasiswa yang positif, membantu kerajaan yang ada pada hari ini mengekalkan kemakmuran perpaduan yang berbilang kaum yang berbilang agama ini supaya terpelihara sampai bila-bila masa."
Beliau sempat membacakan hadis yang bermaksud,
" Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanan itu kebanyakkan nya dari jin dan manusia,mereka mempunyai hati tetapi tidak di pergunakan untuk memahami ayat -ayat allah, mempunyai mata tapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda-tanda kekuasaan allah mereka punyai telinga tapi tidak di gunakan untuk mendengar ayat-ayat allah mereka itu adalah sebagai binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi dan mereka itu adalah golongan mereka yang lalai.
Jadi kita tidak mahu menjadi golongan yang lalai dan golongan yang tidak tahu di untung , Kita tidak mahu jadi orang yang tidak tahu berterimakasih, kita mahu jadi siswa-siswi yang tahu bertrimakasih yang tahu bersyukur kepada allah S.W.
Di akhir ucapan nya beliau telah membcakan pantun yang berbunyi;
"Mari kita tanam halia
ambil sedikit buat juadah
Usia muda jangan di sia
Nanti tua sesal tah sudah
Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Jika kita rajin belajar
Pasti kita akan berjaya.
Alhamdulillah".
Salam dari bumi Balung
Semuanya ada di balung ada di Balung..