Apa lagi yang boleh penyokong harapkan dari pasukan bola sepak negeri Sabah. Sejak bermulanya musim baru liga perdana 2016 kekecewaan terus melada dengan keputusan dan persembahan yang mereka berikan untuk penyokong dan juga peminat bola sepa negeri Sabah.
Kekalahan, kekalahan dan kekalahan yang terus menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar tempatan mau pun nasional di paparkan apabila ada perlawanan yang berlansung. Kalau dikatakan belum ada keserasian di antara pemain dan pengurusan ianya seakan tidak dapat di terima kerana sudah bermain hampir sepuluh perlawana tapi masih belum ada keputusan yang memberangsangkan kecuali keputusan yang "ploksot" bilang orang Sabah.
Tidak dapat di nafikan pasukan lain mungkin lebih baik dan pasukan Sabah belum bernasib bai, tapi sampai bila kita mengharapkan kepada pemain-pemain yang tidak boleh bersaing di peringkat liga perdana dan sampai bila kita terus di hidangkan dengan keputusan yang menghampakan peminat tegar Sabah Rhinos.?
Ada benarnya dengan apa yang di perkatakan di sini, agar pasukan Sabah melakukan rombakan besar-besaran menjelang Julai ini. Samapi bila kita harus biarkan pemain yang tidak menunjukkan prestasi yang baik sedang gaji yang mereka terima tidak setimpal dengan mutu permainan yang mereka pamirkan. Sampai bila juga kita mengharapkan dengan mereka-mereka yang lansung tidak mempunyai pengalaman dalam bola sepak sedangkan mereka mempunyai jawatan yang tinggi dalam membuat keputusan untuk pasukan Sabah.
Jangan sampai Skuad Sabah Rhinos jadi skuad belasahan yang sering pasukan lain dapat mata mudah dan jangan sampai peminat fanatik fobia untuk melihat pasukan kesayangan Sabah bermain.
Ubahlah sebelum terlambat dan ubahlah sebelum segalanya menjadi lebih "terok".
Sabahan sentiasa menyokong pasukan Sabah dan kami sebagai penyokong mengharapkan pasukan yang baru nanti dapat mengembalikan kegemilanga Pasukan Sabah seperti era pasukan 90 an Sabah yang sentiasa memberikan persembahan dan semangat juang yang tinggi dalam semua "game" samada di tempat lawan ataupun tempat sendiri.