Persiapan rapi sedang di jalankan dalam menyambut ketibaan Yang Amat berhormat Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Najib Tun Razak yang bakal tiba pada 28/5/2016. Pada kali ini daerah Balung dan padang SMK Balung Tawau telah menjadi tapak yang akan mencipta sejarah kerana julung kalinya di kunjungi oleh pemimpin nombor 1 negara.
Mungkin ada sedikit pengumuman penting untuk daerah Balung yang bakal di umumkan oleh PM pada kunjungan kali ini . Dengan keadaan jalanraya yang sangat selesa d, dengan kemudahan air terawat yang ada di Balung sudah pastinya kunjungan kali ini akan memberikan satu lagi pengumuman penting untuk Balung.
Apa yang mengejutkan, penduduk balung seakan berpesta dan seakan tidak sabar untuk menantikan ketibaan YAB PM Malaysia ke bumi Balung yang sangat bertuah ini.
Kami di Balung mengalu-alukan kedatangan PM dengan hati yang sangat teruja..
"Semuanya ada di Balung ada di Balung"
Bersambung..